Monday, October 31, 2011

Konvoi Piknik Kalumpang 2011

Satu aktiviti piknik terbuka dengan usahasama kelab riafamily telah diadakan pada 26hb Oktober 2011 yang lalu bertempat di Pasir Putih Resort, Kalumpang. Matlamat utama adalah menarik ramai pemilik mpv nazaria/kia carnival kesatu-satu acara kekeluargaan untuk tujuan merapatkan lagi sillaturahim sesama pemilik kenderaan mpv ini. Melalui pendaftaran awal kehadiran peserta didalam forum riafamily, forum carigold dan juga di facebook telah mencecah ke angka 34 orang pemilik mpv ini namun kita hanya merancang tapi ALLAh jua yang menentukan sehingga ke hari jadinya acara ini, kedatangan penuh yang diperolehi adalah sebanyak 29 orang pilot bersama keluarga masing-masing yang kemudiannya dihitung jumlah keluarga ketika urusan pembayaran fee masuk, telah mencecah seramai 114 orang. Satu rekod yang yang amat dibangga-banggakan sama sekali. Sekali lagi bukan rekod yang menjadi ukuran tapi sillaturahim sesama kita yang jadi tumpuan.

Perancangan awal, disediakan pilihan 3 tempat berkumpul kepada semua peserta mengikut kesesuaian laluan masing-masing seperti di Stesen Petronas Sg Besi, bagi peserta dari Selatan, Rnr Sg Buloh bagi peserta dari Lembah Klang dan yang terakhir di exit Tol Tg Malim bagi peserta dari Utara ataupun kawasan sekitarnya. Sehari sebelum itu satu keputusan telah diambil bagi memansuhkan tempat berkumpul di Stesen Petronas Sg Besi memandangkan ramai yang memilih untuk menggunakan laluan KLIA. Tempat berkumpul utama telah ditetapkan di Rnr Sg Buloh. Seawal jam 9.45 pagi Rnr Sg Buloh telah menerima kehadiran peserta Piknik Terbuka @ Kalumpang ini. Dimulakan kehadiran secara berperingkat oleh Saudara Deemija, Kamarul, Putat, Harisria... sekadar menyebut beberapa nama. Dan tepat jam 10.25 pagi hampir separuh peserta sudah pun melaporkan diri disini kecuali Saudara Din Bugis aka "CDM" yang mana telah terlajak ke Rnr Rawang. Menjadi usikan kawan-kawan terlajaknya beliau kerana brek kereta lama tak servis , hanya beliau sahaja yang mampu menjawabnya sendiri. Tepat 10.30 pagi semua peserta diarahkan untuk membuat formasi konvoi dengan susunan kenderaan mengikut arahan marshall bertugas. Lead Car diketuai oleh Saudara Hafizal dan Saudara Azhan "the Zinkman", Back Marker kepada Saudara SS "permit besar holder" serta Saudara Deemija dan Op1133 sebagai sweeper bersama. Bacaan doa oleh Saudara Harisria memohon agar perjalanan konvoi dipermudahkan dan dijauhkan segala mala petaka.

10.39 pagi Konvoi Piknik Terbuka Kalumpang pun bermula....


Berkumpul di Rnr Sg Buloh jam 10.00 pagi, ada gak yg datang kul 11.00 pg...mmmm

Menyusun kedudukan sebelum konvoi bergerak.

Taklimat ringkas oleh petugas lalu lintas..

Bazaan doa oleh Bro Harisria mohon perlindungan dariNYA dari sebarang perkara yang tidak diingini.

Formasi line tengah kali ni, kalau tak... line kanan tanpa henti...

Tol Tg Malim diserbu....

Check point kedua, menunggu rakan lain tiba.

Pintu masuk, memang tak kan jumpa kalau datang kali pertama, jauh nun dalam kebun getah dan durian.....



Keluar dari Rnr Sg buloh, Marshall bertugas telah membuat lane opening bagi memudahkan pergerakan konvoi, setiap kenderaan NZR diarahkan untuk menyalakan lampu hadapan bagi memudahkan pengenalan peserta konvoi dari jauh dan ini juga prasyarat keselamatan yang sentiasa diterapkan walau dimana-mana konvoi anjuran ria family diadakan. Perbincangan awal, memandangkan jarak perjalanan tidaklah begitu jauh selain pematuhan kepada penetapan masa telah berjaya diadaptasikan semua peserta kali ini, marshall telah memilih penggunaan lorong tengah sahaja sepanjang konvoi ini bergerak. Ketika melewati Rnr Rawang, sebanyak 3 buah lagi NZR menyertai konvoi dan kemudian sebanyak 2 buah lagi mengejar dari belakang akibat terlewat tiba di Rnr Sg Buloh tadi. Dengan jarak yang dekat dan keterujaan terhadap sambutan piknik dan konvoi ini, membuatkan perjalanannya seakan-akan tidak terasa, tepat jam 11.26 pg konvoi selamat tiba di check point terakhir iaitu di Tol Tg Malim. Memandangkan kawasan hentiannya agak kecil dan konvoi ini telah mencakupi panjang maksimun sebanyak 25 buah NZR, keputusan menunggu telah dipendekkan dan pergerakan konvoi terpaksa disegerakan. Alhamdulilah hanya terdapat satu trafik light yang perlu dipantau serta tiada persimpangan besar maka pergerakan konvoi tidak terganggu dan marshall tidak perlu bermandi peluh kali ini.

Memasuki persimpangan lokasi tujuan, ramai menjangkakan ianya pasti tidak "best" kerana perlu melalui kebun durian, laluan sempit dan berbukit serta agak terkedalam atau boleh digambarkan sebagai laluan camel trophy aje namun bila setiap peserta memakirkan kenderaan masing-masing dengan formasi "urgent escape", semua andaian burok tersingkap secara total. Pengumpulan peserta telah dilakukan oleh Saudara Azhan dan dengan bantuan Saudara Harisria bertujuan mengumpul bayaran fee masuk yang mana kanak-kanak dibawah 6 tahun dikecualikan, setiap peserta berstatus dewasa dikenakan entrance fee sebanyak RM3 sahaja dan tambahan RM2 setiap pilot bagi pembayaran tempahan arang dan unit BBQ. Selesai urusan pembayaran, semua peserta diminta berkumpul untuk sessi bergambar beramai-ramai dengan backdropnya adalah sebuah banner yang ditempah khas semata-mata untuk acara Piknik Terbuka ini. Dikesempatan ini juga Saudara Bard telah berposing dengan gaya ala tarzan kalumpang.


Kira kepala, anak-anak bawah 5 tahun tak kena bayaran, satu kepala RM3 aje, lagi murah dari Waterpark atau Sunway Lagoon, apa ade hal......

Kutip jangan tak kutip, piknik paling murah yang aku join setakat ni, kalau tak caya, tanya depa yang join, namti kata aku auta lak...ahakss

Petugas bidan terjun tolong pasang banner...

Aku lak tolong bergambar......

Sessi bergambar beramai-ramai, Bro Azhan tengah cari angle baik utk susun zink......

Makan time...mewah woooooooo...

Para isteri dengan sesi lepaknya.... dan mana para suami?...

Bakor arang leeeerrrrr....ataupun........jaga anak mandi...ha ha ha...

Acara kanak-kanak, rebut gula-gula sampai nangis...

Yang ni bawa gelung getah dengan chopstik....payah juga nak buat..

Acara dewasa, acara paling banyak mengelat...busuk punya kaki...wakakaka...

Acara isteri lak, kepit bola pakai chopstik...bahaya ni....yang juara tu rasanya dah biasa kepik....tuut tuut tuut...

Suami isteri pun sama cengkelatnya.....ish ish ish.... bini sapa lah ni....

Pertunjukkan helikopter kawalan jauh oleh Bro Cemet, tq bro bagi pengalaman baru buat kami semua...

Helikopter ni pakai RON yea, bukan NGV.....

Fuyooo Magic, aku tolong buat-buat tertarik padahal trick ni aku dah lama buat...ha ha ha... fuyoooooo

Bolatampar pun ada, memang ramai ahli sukan kat Kelab ni tapi jangan ajak lawan, gerenti kalah pasal penat kutip bola asyik melayang keluar court aje...

Sambung balik mandi, memang best, kalau ada kesempatan lagi, insyallah aku akan mai lagi tapi kena tengok juga, masa free aku tak sama dengan masa free kengkawan......



Selesai bergambar, semua makanan peserta telah dikumpulkan disatu gazebo bagi memudahkan urusan pengambilan makanan dan juga pengkongsian pintar yakni orang yang bawa pinggan plastik boleh makan makanan yang dia tak bawa. Syukur kehadrat ilahi, dengan niat ikhlas dan suci murni, dimaklumkan makanan yang dibawa mencukupi untuk semua peserta dan sempat juga dibawa pulang oleh beberapa puloh CP kerana malam nanti mereka tidak perlu masak lagi. Aktiviti kali ini dibuat secara santai tanpa sebarang penetapan masa untuk sebarang aktiviti tapi aktiviti yang diadakan juga secara bidan terjun supaya semua orang tidak rasa terikat. Antara acara-acara sampingan yang telah diadakan adalah seperti pertandingan rebut gula-gula yang mana ada anak-anak yang menangis tak dapat gula-gula, penganjur mohon maaf kerana budget kecil dan ciput, acara tiup belon sampai pecah untuk kanak-kanak, pertandingan mewarna dan yang terakhir dalam kategori ini adalah tukar gelung getah guna chopstik. Sebenarnya terima kasih sekalung budi pada Saudara Harisria yang telah sudi menyediakan peralatan sukanika ini dan rasanya tanpa sukanika ini, piknik yang julung-julung kalinya diadakan akan kelihatan hambar. 

Bagi acara dewasa kategori pilot, acara yang disediakan adalah pertandingan tiup belon juga dan kali ini kecengkelatannya mereka benar-benar terungkai, peserta perlu tiup belon sehingga pecah sebelum bergerak ke garisan penamat tapi apa yang mereka lakukan adalah tiup belon sambil berjalan dan bila belon pecah, mereka dah sampai ke garisan penamat. Hebatkan kan? sehebat insan terpilih En Sayuti dan Hazlin King...Grin. Untuk kategori CP pula mereka diberi acara tiup belon juga dan paling best, acara kepit bola pingpong guna chopstik...erkkk!!!!. Tidak perlu diterjemahkan secara mendalam kerana kami dah tahu CP siapa yang mahir bab-bab mengepit ni dan selepas ini penimbang tolo mungkin sentiasa akan digunakan dalam mana-mana aktiviti.

Selesai acara sukanika, Saudara Cemet Temec rakan baru di FB telah mendedahkan pengalaman baru buat semua peserta dan keluarga yang mana beliau telah membuat satu demostrasi khas yakni menerbangkan helikopter kawalan jauh menggunakan RON bukan NGV. Walaupun pertunjukan ini diadakan selama 10 minit namun setinggi-tinggi terima kasih buat beliau yang sudi memeriahkan lagi acara piknik ini dan pihak penganjur tidak dimaklumkan langsung berkaitan kejutan ini. Selepas itu, pilot telah mengadakan perlawanan bolatampar padang sesama mereka dan dari pengamatan, ramai pilot yang berbakat dalam bersukan cuma ada beberapa orang yang perlu meningkatkan mutu sukan masing-masing kerana mereka bermain ala koboi, rasanya faham-faham sendirilah. Memandangkan masa masih panjang, semua peserta dan keluarga kembali menyambung aktiviti mandi-manda mereka, menyambung makan 15 kali lagi dan yang setia membakar BBQ amat-amatlah dihargai, antara yang dilihat menyingsing lengan dan bersungguh-sungguh bermain api dan kehangatan arang adalah seperti Saudara Iran, Hazlin, Deemija, Fg, Din Bugis dan sekadar menyebut beberapa nama.... tanpa kesungguhan mereka, bbq itu akan pasti hangit sentiasa.


Siapa yang degil dan tak dengar cakap kang, kita campak kat air terjun tu kang......

...

Sunday, October 16, 2011

TT PD...

Dalam pukul 4.45 ptg tadi aku tengok hp Nokia E7 aku ada miss call, aku call balik rupanya Bard yang call tadi, dia ajak join TT kat P.D. tempat char kuew tiaw the best in town petang ni juga. Aku tanya sapa lagi yang join, dia cakap ramai, aku balas balik insyallah aku kompomkan balik lepas balik rumah dan berpidato dengan CP...he he he... Sampai rumah dalam kul 5.30 ptg, ada call lagi aku terima dan kali ni Bro Harisria yang call ajak TT, aku jawab insyallah juga tapi lepas aku tengok sampai habis game rugbi antara Wales dan France. Game tak habis lagi tapi aku tak senang duduk, apa lagi capai kunci start enjin ler.....

Bertolak jam 5.55 petang dan sampai PD pukul 7.05 malam, SS sambut aku kat pintu kereta, siap nak dukung aku, ni mesti kes terperanjat aku dapat cari kunci mangga pintu pagar kilang....bernanah telinga dia kat TT ni kang...wakakakaka... Tak banyak yang kami bualkan, hanya 2 3 perkara sahaja tapi aku antara dengar tak dengar bila depa kata nak buat trip ke Krabi, Thailand tahun depan, dengar-dengar Ustaz pun bakal join, getus dalam hati aku...... tah betul tah tidak...ha ha ha...


Dari kiri, Bro Azhan the johari geng, Bro Hafizal dan Bro Harisria (terlindung satu).

Dari kiri, Bro Merlin tauke lembu dan Bro Bard the kalumpang man....ahakss

Orang kuat dan otai, Bro CDM Din Bugis dan Bro Deemija Naib Presiden Geng NGV thread NGV... he he he...

Antara CP dan CC yang hadir, nasib baik CP aku tak follow kalau tak mesti CP Hafizal minta no hp, senang nak sms mcm sms CP Putat tanya kes pasang dua....(tong ngv).....cabuttttttt

Banner dia banyak, dapat ambik yang ni pasal malas nak berjalan.....Ado Den kisah...wakakakaka...

Dari kiri, Bro Hafizal, Bro Harisria (terlindung dua), den dan Bro Shamsul Suboh aka the SS man...ahakss

Shamsul balik awal pasal nak ke Pahang....CDM senyum meleret....hanya dia yang tahu disebalik senyuman tu...ahakss

Antara Bro Hafizal dan aku, baru nampak dengan jelas wajah Bro Harisria, sorry tuan, tuan kecil sangat...ha ha ha..

TT kalau takde makan-makan bukan TT namanya... nasib baik aku makan sikit aje...

Balik time, bergambo dulu.... aku mana????....

Kehadiran CP semakin kurang dari satu TT ke satu TT, ada harapan boleh buat TT kat Krabi tanpe diaorang ni...he he he..

Tq N9 penganjur TT PD Upjadi ni, tq Bro Mija kerana sudi banjer kitaorang, lepas ni next TT....Krabi...wakakakaka....ahakss

Tuan Harisria kena kidnap kali ni, dari hospital Serdang dibawa lari ke PD, tuan Jijek kena bai bai pasal bz sesangat maka moral of the story.... be alert...naik dulu baru cerita...ha ha ha....


...

Friday, October 14, 2011

Sticker Sym Owner Group.

Den ado dah , kau ado?..... ha ha ha......


4 sticker den beli, 1 pasang kat VTS, satu kat NZR dan lagi 2 nak pasang kat post box rumah dan kereta kancil....he he he....Ado Den Kisah....ahaksss



...

Sunday, October 9, 2011

Daging Rusa Untuk Dijual - Pasaran Melaka

Baru-baru ni semasa menghadiri rumah terbuka disalah sebuah rumah guru rakan sekolah wife saya,  saya terlihat banner yang dipamirkan oleh tuan rumah. Bila ditanya lebih lanjut lagi memang pasti bahawa beliau suami isteri menjual daging rusa secara tetap dari rumah. Beliau mendapatkan stok daging rusa dari Pahang dan daging tersebut di packed sekilo-sekilo. Dulu kalau ada isteri-isteri yang mengandung yang mengidam nak makan daging rusa, memang payah nak cari daging rusa ni, kadang-kadang sampai anak dah besar pun tak merasa lagi makan daging rusa.

Alhamdulilah sekarang zaman dah moden, dulu rusa terbiar dalam hutan tapi sekarang siap diternak malahan bukan daging rusa aje senang nak cari sekarang , pelbagai daging haiwan yang lain juga senang diperolehi cuma perlu tahu mana kedai aje nak cari. Siapkan duit aje, insyallah beres. Bagi yang berminat untuk mendapatkan daging rusa ni bolehlah menghubungi peniaga tersebut :-

Kak Nor
No 18, Jalan PRI 29
Taman Paya Rumput Indah
Melaka
No Telefon : 019-6985254

1 kilogram daging rusa berharga RM35 dan sekiranya ingin membeli lebih, harganya boleh dirunding lagi.
Ketika beraya dirumah beliau, saya dapat menjamah rendang daging rusa, dua kali tambah juga ler, memang sedap dan malam tu rasa semangat dan aura ehem-ehem macam lain saja...he he he...  Maaf gambar close upnya tidak dapat saya pamirkan kat sini pasal saya lupa nak ambik, kalau tuan-tuan nak mencuba, silalah hubungi beliau sendiri, saya tak ambik sebarang komisen tapi sebut aja nama saya, insyallah dia pasti tak kenal saya pasal yang dia kenal adalah wife saya, Ustazah Nazatulsyima...ha ha ha....



Makan dengan nasi himpit pun masyuk juga.....ahakss

...

Wednesday, October 5, 2011

Udang Kuala Sepetang

Kalau nak pergi makan mee udang ataupun sambal udang kat Kuala Sepetang, Negeri Perak mahu makan belanja yang besar kalau aku yang datang dari Melaka namun bak kata orang tua-tua, kalau dah rezeki kita, memang rezekilah. Balik dari bulan madu kat Tiara Beach Resort baru-baru ni, adik ipar aku yang menetap di Taman Mantau Indah mempelawa singgah ke rumah dia, kebetulan lepas check out, aku ke rumah kawan tapi dia takde, memandangkan jadual seterusnya masih lewat lagi maka kami reroute perjalanan ke rumah dia.

Rupa-rupanya dia baru balik dari cuti-cuti Malaysia ke Pangkor, Perak. Dibawanya ole-ole sepanjang percutian disana dan kami sekeluarga orang pertama merasa buah tangan dari sana. Tengoklah apa yang kami makan dirumahnya...ahakss



Udang masak sambal...

Butter prawn kuala mantau...ha ha ha...

Rendang ayam kampung....mercik

Peberet anak2 termasuk aku juga..... dadar de tluq....

Set lunch kami...ha ha ha......

Syukur pada NYA yang memudahkan urusan aku sepanjang percutian hari tu, terima kasih pada adik ipar yang sudi membanjer kami sekeluarga, sesungguhnya ini semua rezeki dari yang maha esa dan aku bersyukur sesyukur syukurnya.

...

Tuesday, October 4, 2011

Bulan Madu Sempena Birthday Wife 1 Oktober 2011

Kata orang, orang berbintang Leo bukanlah kaki romantik, itu aku tak nafikan tetapi sekali sekala dah tentu orang yang tak romantik berminat untuk mempelajari bagaimana menjadi seorang yang romantik. Tiap kali bila menyambut hari ulangtahun kelahiran isteri, aku pasti buat sedikit kejutan, bukan sergah dia tengah-tengah malam tapi menyediakan kek buat beliau dengan pelbagai tipu muslihat, kalau boleh tanpa beliau sedari bahawa rancangan penyediaan kek tersebut sedang berjalan tika kami relax-relax tengok tv.

Pernah aku gunakan bantuan dari kawan-kawan, ipar duai, adik beradik ku termasuklah bantuan anak-anak ku sendiri. Pelbagai cara yang aku gunakan bagi menampakkan unsur-unsur ambush macam askar biasa buat bila berperang, penuh dengan element of surprise tapi tahun ni aku lebih kepada bersederhana sahaja. Wife aku selalu beralah bila  aku terlibat dalam sebarang penganjuran baik dalam sukanika sekolah anak-anak, taman perumahan, kilang tempat aku bekerja, family day keluarga ataupun semasa aktiviti-aktiviti batch aku. Beliau teringin nak masuk acara berpasangan dan selalunya juga aku tak boleh turutkan kerana aku selalu bertugas sebagai pengadil atau pun ketua juri.

Kali ini aku bawa wife dan anak-anak bercuti ke Tiara Beach Resort, Port Dickson. Tempat peranginan ni dah jadi tempat percutian tetap kami sekeluarga. Anak-anak aku suka sebab banyak permainan serta gelungsur dan tempat pun agak selamat tak macam tepi laut yang kita tak nampak dasarnya juga kolam renang/mandinya sebesar lautan, baru puas berenang kata anak-anak ku. Aku luangkan sebanyak masa yang boleh dengan wife dan anak-anak, walaupun aku demam, aku gagahkan juga menemani wife buat aktiviti bersama dan paling aku tak lupa bila kami try spa ikan kat sana. Fatin sponsor bayarannya dan aku dan wife menikmati keseronokannya atau lebih tepat kegeliannya...ha ha ha....

First time aku buat aktiviti santai bersama dengan wife dan rasa kasih sayang aku semakin melimpah ruah terhadap beliau. Aku bukan lelaki romantik tapi aku juga bukan lelaki panas baran, amarah ku terkawal dan berang aku bertempat. Bila duduk berdua-duaan membiarkan ikan mengelikan kaki aku berdua, aku rasa bersyukur yang teramat-amat sangat mempunyai isteri yang menerima kekurangan dan kelebihan aku selama ini... aku rasa syahdu dan kelu. Buat isteri ku, Puan Nazatulsyima Bte Abdullah....aku sayang padamu....



SPA ikan di Tiara Beach Resort...

Kena cuci kaki dulu, kasi hilang sebarang pasir atau losyen kaki...he he he...

Baru nak start rendam kaki...

Saat aku kegelian...ha ha ha...

Wife aku lak sampai nak nangis....kui kui kui...

Selepas 15 minit baru kaki rasa ok skit pasal kulit dah kembang, tak rasa geli macam mula-mula, kalau boleh nak rendam lama-lama lagi

...