Monday, September 26, 2011

Buka Puasa Nasi Arab Restoran Aladin

Baru-baru ni Fatin dapat score A dalam matapelajaran Matematik masa peperiksaan percubaan UPSR beliau, bagi memberi ganjaran atas keupayaan beliau mengubah dari B ke A markah pencapaian bagi subjek ni, wife aku offer dia untuk membuat pilihan berbuka puasa. Beliau teringin nak makan nasi arab dan kalau di Melaka ni yang biasa aku pergi adalah ke Restoran Dima, Bukit Beruang tapi kali ini beliau nak cuba di tempat lain. Puas aku fikir kat mana lagi restoran nasi arab kat sini, last-last wife ajak ke Restoran Nasi Arab Damsyik di Senawang, Negeri Sembilan. Aku ok aje, lepas kerja terus kami bergerak ke Senawang.

Dalam perjalanan Jaja sms maklumkan ada satu restoran nasi arab yang baru di buka di Seremban 2, betul-betul depan City Park. Kalau nak cuba, dia boleh tunjukkan tempatnya. Aku kata ok aje. Maka saksikanlah kesedapannya...ahakss


Kawasan ni untuk pelanggan yang suka bersila, kalau den....takdolah tu...

Tengah order makanan, kalau kat sini, memang den suko, kalau tak mahu senak perut bersila...ha ha ha..

Baru aje buka rupanya..

Air botol pun ada cuma takde barbican atau fairuz aje...

Menunya, kalau tak tahu baca, silalah tanya tauke nya...ahakss

Kuah cilinya yang tak pedas tapi memang best, kalau takde...tak ummmphhh...

Kenyang sungguh kalau aku makan sorang2 ni...wakakakaka... Yang ni untuk 4 orang makan.

Kambing, dah tentu untuk aku, dagingnya pun lembut, terasa syahdu bila kena lelangit, rasa macam nak repeat 38 kali aje....

Penutupnya air teh arab...rasa macam mint2 skit.

Kalau nak tahu lebih tepat, restoran ini mengadap kolam ikan City Park, Seremban 2, berdepanan kompleks mahkamah Seremban 2, Negeri Sembilan. Cubalah sendiri, tanya den memang den cakap sodap yo.....ha ha ha....


...