Monday, August 22, 2011

Iftar Ria Family 2011 - Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka

Pada 20hb Ogos 2011 yang lalu, kelab permotoran yang aku sertai iaitu Kelab Pemilik MPV Nazaria Malaysia telah mengadakan majlis iftar bersama-sama penghuni Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka. Mereka berkonvoi dari KL sampailah ke Melaka tetapi membuat dua perhentian untuk membolehkan ahli kelab dari pelbagai Negeri turut serta. Konvoi bermula dari Tol Sg Besi diiringi oleh 20 buah outrider Marshal dari Sym Malaysia Bikers Club atau nama ringkas SMBC. Konvoi disertai 7 buah NZR, sampai di Rnr Senawang pula mereka disertai oleh geng RF N9 sebanyak 6 buah kereta lagi kemudian pit stop terakhir pula di PLKN, Ayer Keroh disertai oleh 4 buah NZR lagi, geng dari RF Johor. Jumlah keseluruhan NZR yang mengikuti konvoi adalah sebanyak 17 buah NZR dan 24 buah motor SMBC.

Meriah memang meriah, sayangnya aku tak dapat join konvoi kerana perlu jaga lalu-lintas di RSKC bagi memastikan kelancarannya namun alah bisa tegal biasa, semua tu dah jadi lumrah, bantu membantu sesama ahli paling utama. Di RSKC, semua ahli dan keluarga diberi taklimat berkaitan operasinya selain dibawa melawat penghuni disini. Diakhir kunjungan kami menyampaikan sumbangan utama kami iaitu pamper dewasa buat penghuni, yang dibeli oleh geng RF Melaka hasil dari kutipan ahli dan sumbangan orang-perseorangan. Alhamdulilah, semua perancangan dan beberapa program yang disusun berjalan lancar walaupun outrider Marshal basah kuyup kena hujan lebat di Hiway Seremban dan Ayer Keroh tapi dengan semangat kental mereka, konvoi selamat sampai tepat pada masa yang dirangka.

Semuga usahasama dan kerjasama sesama ahli kelab Ria Family dan SMBC bakal dipanjangkan pada masa-masa yang akan datang dan diharapkan pihak RSKC sudi menerima sumbangan kami yang tak seberapa ini, insyallah semuga yang baik itu datang dari kehendakNYA dan kekurangan itu datang dari diri RF Melaka yang lemah ..... Salam ramadhan dan salam pengorbanan...



First time aku sampai kemari walaupun rumah aku dengan RSKC ni tak jauh mana pun, mungkin selepas ini kot kami akan membuat ziarah yang lebih kerap, insyallah.


Konvoi baru tiba dengan didahului oleh Outrider Marshal SMBC....


Rekod kami untuk majlis iftar, 27 buah NZR dari seluruh Malaysia.


Pilot NZR Kelab Ria Family.

Bersama outrider Marshal dari SMBC, lampu kelip-kelip banyak dan meriah..ahakss


Sudah semestinya para Co Pilot dan Cabin Crew, sebahagian aje ni, yang lain taknak join bergambar pasal tempat sempit skit, apa-apa hal pun tahniah buat mereka, tanpa sokongan mereka, Pilot tak dapat mai..ha ha ha...


Tq SMBC, the best and the toughest Outrider Marshal...hujan-hujan pun depa redah selamba aje...

Sessi memungah pampers, termasuk ni dah 2 trip Bro Pop buat delivery, NZR dia aku tengok dah macam lori 3 ton ...cayooooookkkkk...

Bersama orang kuat Kelab Ria Family, dari kiri Bro Zaha, perancang utama selain AJK kelab, aku...abang handsome jaga parking, Bro Jijoi NYDP kelab yang sanggup turun padang bersama-sama anak buah dan Bro Shamsul SU event iftar ni, orang hubungan dengan RSKC.


Mak aku pun turut check darah sekali...

Turut diedarkan bendera Malaysia pada setiap NZR yang hadir. Ria Family juga berjiwa patriotik..ahakss

Menunggu majlis penyerahan sumbangan dijalankan. Kamarul macam boring aje...

Tugas hakiki aku, siapa nak ambikalih dialu-alukan..hoyeahhh

Penguasa RSKC Cik Roslina menerima sumbangan dari kami yang tidak seberapa.

Tq Presiden SMBC, the best ourider marshal.


Buka puasa time, alhamdulilah catering ni dapat pujian, lauk pauknya sedap dan menyelerakan.


He he he..huluq ikut tingkap nampak?.....

Romantik tak? aku tak sempat nak duduk makan betul-betul, kena entertain ramai orang, nasib baik ada orang yang tolong suapkan..he he he..

Aiman dan Ikhwan pun nak berposing gak. Bukan selalu jumpa....

Rf yang lain dah beransur ke Bandar Hilir secara konvoi, aku lak kena buat fatique kemas kawasan, safety panggil housekeeping...ha ha ha.. yang penting majlis berjalan lancar dan kawan-kawan rasa seronok. Aku tengok diaorang seronok pun dah membuat aku rasa syok.... Tq buat family aku yang menyokong aku selama ini dan tq Cik Roslina Penguasa Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka yang sudi menerima rombongan kami.

Petugas parking dan lalu -lintas event ini, anak aku cakap gaya aku dah macam tukang kebun kat sekolah dia aje , aku cakap balik...ADO DEN KISAH...ha ha ha...


...

3 comments:

  1. terrrrrbaeekkkkk......

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. saya nak tanya tentang rumah seri kenangan cheng.. boleh tak seandainya ada kelapangan membantu saya untuk saya tahu serba sedikit maklumat tentang RSKC ni.. nama saya syafiqah student KPM Ayer Molek. ni no sy 0136749690.. kalau boleh untuk sy bertanya.. harap dapat memberi respon pada no tu melalui wassup pun boleh.. terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mohon maaf, kami hanya melawat rskc utk program buka puasa, maklumat lanjut berkaitan, cik bolehlah mengunjungi sendiri ke sini. maaf tak dapat membantu banyak.

      Delete