Monday, August 22, 2011

Iftar Ria Family 2011 - Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka

Pada 20hb Ogos 2011 yang lalu, kelab permotoran yang aku sertai iaitu Kelab Pemilik MPV Nazaria Malaysia telah mengadakan majlis iftar bersama-sama penghuni Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka. Mereka berkonvoi dari KL sampailah ke Melaka tetapi membuat dua perhentian untuk membolehkan ahli kelab dari pelbagai Negeri turut serta. Konvoi bermula dari Tol Sg Besi diiringi oleh 20 buah outrider Marshal dari Sym Malaysia Bikers Club atau nama ringkas SMBC. Konvoi disertai 7 buah NZR, sampai di Rnr Senawang pula mereka disertai oleh geng RF N9 sebanyak 6 buah kereta lagi kemudian pit stop terakhir pula di PLKN, Ayer Keroh disertai oleh 4 buah NZR lagi, geng dari RF Johor. Jumlah keseluruhan NZR yang mengikuti konvoi adalah sebanyak 17 buah NZR dan 24 buah motor SMBC.

Meriah memang meriah, sayangnya aku tak dapat join konvoi kerana perlu jaga lalu-lintas di RSKC bagi memastikan kelancarannya namun alah bisa tegal biasa, semua tu dah jadi lumrah, bantu membantu sesama ahli paling utama. Di RSKC, semua ahli dan keluarga diberi taklimat berkaitan operasinya selain dibawa melawat penghuni disini. Diakhir kunjungan kami menyampaikan sumbangan utama kami iaitu pamper dewasa buat penghuni, yang dibeli oleh geng RF Melaka hasil dari kutipan ahli dan sumbangan orang-perseorangan. Alhamdulilah, semua perancangan dan beberapa program yang disusun berjalan lancar walaupun outrider Marshal basah kuyup kena hujan lebat di Hiway Seremban dan Ayer Keroh tapi dengan semangat kental mereka, konvoi selamat sampai tepat pada masa yang dirangka.

Semuga usahasama dan kerjasama sesama ahli kelab Ria Family dan SMBC bakal dipanjangkan pada masa-masa yang akan datang dan diharapkan pihak RSKC sudi menerima sumbangan kami yang tak seberapa ini, insyallah semuga yang baik itu datang dari kehendakNYA dan kekurangan itu datang dari diri RF Melaka yang lemah ..... Salam ramadhan dan salam pengorbanan...



First time aku sampai kemari walaupun rumah aku dengan RSKC ni tak jauh mana pun, mungkin selepas ini kot kami akan membuat ziarah yang lebih kerap, insyallah.


Konvoi baru tiba dengan didahului oleh Outrider Marshal SMBC....


Rekod kami untuk majlis iftar, 27 buah NZR dari seluruh Malaysia.


Pilot NZR Kelab Ria Family.

Bersama outrider Marshal dari SMBC, lampu kelip-kelip banyak dan meriah..ahakss


Sudah semestinya para Co Pilot dan Cabin Crew, sebahagian aje ni, yang lain taknak join bergambar pasal tempat sempit skit, apa-apa hal pun tahniah buat mereka, tanpa sokongan mereka, Pilot tak dapat mai..ha ha ha...


Tq SMBC, the best and the toughest Outrider Marshal...hujan-hujan pun depa redah selamba aje...

Sessi memungah pampers, termasuk ni dah 2 trip Bro Pop buat delivery, NZR dia aku tengok dah macam lori 3 ton ...cayooooookkkkk...

Bersama orang kuat Kelab Ria Family, dari kiri Bro Zaha, perancang utama selain AJK kelab, aku...abang handsome jaga parking, Bro Jijoi NYDP kelab yang sanggup turun padang bersama-sama anak buah dan Bro Shamsul SU event iftar ni, orang hubungan dengan RSKC.


Mak aku pun turut check darah sekali...

Turut diedarkan bendera Malaysia pada setiap NZR yang hadir. Ria Family juga berjiwa patriotik..ahakss

Menunggu majlis penyerahan sumbangan dijalankan. Kamarul macam boring aje...

Tugas hakiki aku, siapa nak ambikalih dialu-alukan..hoyeahhh

Penguasa RSKC Cik Roslina menerima sumbangan dari kami yang tidak seberapa.

Tq Presiden SMBC, the best ourider marshal.


Buka puasa time, alhamdulilah catering ni dapat pujian, lauk pauknya sedap dan menyelerakan.


He he he..huluq ikut tingkap nampak?.....

Romantik tak? aku tak sempat nak duduk makan betul-betul, kena entertain ramai orang, nasib baik ada orang yang tolong suapkan..he he he..

Aiman dan Ikhwan pun nak berposing gak. Bukan selalu jumpa....

Rf yang lain dah beransur ke Bandar Hilir secara konvoi, aku lak kena buat fatique kemas kawasan, safety panggil housekeeping...ha ha ha.. yang penting majlis berjalan lancar dan kawan-kawan rasa seronok. Aku tengok diaorang seronok pun dah membuat aku rasa syok.... Tq buat family aku yang menyokong aku selama ini dan tq Cik Roslina Penguasa Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka yang sudi menerima rombongan kami.

Petugas parking dan lalu -lintas event ini, anak aku cakap gaya aku dah macam tukang kebun kat sekolah dia aje , aku cakap balik...ADO DEN KISAH...ha ha ha...


...

Monday, August 8, 2011

Buka Puasa @ Steamboat House, Senawang.

Minggu sudah aku sekeluarga buka puasa di Steamboat House, Senawang lepas hantar kancil repair. Kebetulan lak Jaja dan Azrul ada kat kawasan berhampiran maka kitaorang ajak dia sekali. Ada penambahan menu untuk grill kali ini, extra dua menu dari last time kami datang, errrr....cakap banyak mungkin tak best maka aku kasi pamirkanlah kat sini. Terliur tak?...ha ha ha...


Ni bekas steamboat, air rebusan sup sedang dimasukan, bukan air basuh tangan yea...

Setting dalaman yang nampak cantik dan kemas cuma untuk mengrill tak boleh buat kat dalam kedai, kena setting outdoor, kalau tak mahu lemas customer lain kat dalam kedai ni...

Logo kedai sebelah dalam, luar tulisan dia STEAMBOAT HOUSE.


Ni menu budak-budak, orang tua kalau makan ni aje, mana kenyang....


Sedang dimasak....ehhh dipanggang...eh digrill...eh...hantam ajelah...

Pilihan ayam dan daging pelbagai rasa, percik, black pepper dan bbq. Pasti menawan selera.


Sufi dan maklong tatik dia...



Ni belum penuh lagi ni...

Ikhwan siap bawa bekal dari tadika dia pagi tadi, jemput2 2 biji...


Zidan, yang makan apa saja bila dihulur...ha ha ha...

Penuh tu.....

Makanan ku.......syukur alhamdulilah...ahakss

...

Sunday, August 7, 2011

Buka Puasa Keluarga @ Senawang

Semalam 6hb Ogos 2011, aku sekeluarga pulang ke rumah mertua kat Flat Sri Mawar, Senawang untuk berbuka puasa bersama-sama ipar duai ku. Wife yang arrangekan majlis ni sebab aku dah cakap awal-awal hari tu, kalau nak buat buka puasa dengan adik beradik beliau, beliau kena buat awal pasal setiap sabtu aku akan menghadiri majlis buka puasa rasmi yang telah diaturkan oleh batch aku dan kelab kereta Ria Family. Dia akur dan cepat-cepat sms semua adik beradik untuk setuju dengan tarikh 6hb ni. Alhamdulilah sambutan amat baik, jadi bertitik tolak dari itulah diaorang setuju untuk buat stail potluck kerana ibu Diwi memang tak sempat nak buat apa-apa pasal beliau sibuk buat kuih raya untuk jualan. Rumah sempit dan kakitangan takde maka semua orang kena datang bawa bekalan masing-masing buat mencukupi menu.

 Wife punya menu adalah ayam goreng, minuman koktail chef wan, telur itik masak lemak belimbing buloh, spagheti halus "tersalah beli" dengan kuah cabonara. Woh lak bawa ikan Siakap, Kaci dan Terubuk. Asalnya beliau nak masak steam ikan-ikan ni sebagaimana perbualan beliau dengan aku 2 hari lepas, melelh air liur aku tapi bila dah sampai ke rumah no C 36, segala-galanya berubah. Ibu suruh masak asam pedas aje dan separuh lagi ikan tu digoreng. Bukan aje dia frust, dengan aku-aku sekali frust tapi takper bukan rezeki aku nak merasa masakan ikan steam ni kat C 36, kat restoran lain kot rezeki aku...ahakss. Seperti biasa Baiza dan Muhamad aka Putera Senawang menjadi petugas rasmi sepanjang masa. 

Mulanya Dik nor cakap tak dapat join buka puasa ni, tup tup dia sampai satu family, dia bawa laksa dan aku pun tak sempat nak rasa laksa dia pasal kekenyangan makan nasi, itu pun bukan rezeki aku untuk makan laksa kat C 36 ni, mungkin kat Laksa Shack Bangi kot...ahakss lagiiiiiiii. Dik Tey sampai paling last sekali padahal rumah dia lagi dekat dari rumah aku yang kat Melaka ni, donia...donia... dia datang hanya bawa satu beg plastik rambutan, itupun katanya jiran sebelah rumah yang kasi.... senyum aku sorang-sorang.... kalau dia datang bawa telur dadar 5 biji pun aku masih akan tagkan gambar dia dalam facebook aku.

Lepas buka puasa, lepak-lepak jap pastu baru aku hantar wife dan anak-anak ke rumah Jaja kat Taman Mantau, aku kena balik ke Melaka semula pasal esoknya kena kerja, diaorang nak g tolong simpul kuih katanya. Jaja tak datang pasal sibuk menyiapkan tempahan kuih yang beribu tu, dateline dah dekat tapi tempahan tak siap2, kenapalah ambik order kalau tak boleh buat, ukurlah baju sendiri, jujur dengan kemampuan sendiri, jangan jadi insan yang tamak dan akhirnya merugikan bukan diri sendiri tapi orang-orang  disekeliling.. Kat sini aku tak nak komen banyak-banyak, kang ada yang terasa macam makan cili padi berisipadu 2 kg. Olin pun tak datang, tak tahu apa alasan dia, nampak gaya keluarga ipar duai aku ni ada perselisihan faham sesama mereka, nak aku tegur, masing-masing dah tua bangka, dah bekeluarga dan dah punya anak pun, tak ditegur makin lama makin melarat birat. Lantak pi lah, masing-masing dah besar, tahulah diaorang settlekan sendiri gamaknya, sebagai abang ipar sulong, yang termampu aku katakan, baguslah anak buah ramai yang tak datang, save sikit duit raya yang hendak dibagi tahun ni, kalau boleh tiap-tiap tahun macam ni pun bagus gak. Zalim, brutal, sadis statement aku?........ADO DEN KISAH!!!......ahakss


Ikan siakap masak asam pedas nogori.....

Koktel Melaka mari...ahakss

Spaghetti cabonara "salah beli"...he he he..

Ayam goreng standard menu dimana-mana...

Telur itik masak lemak belimbing buloh.....slurrrpppp

Set laksa Sepang mari....he he he...

Ikan kaci dan siakap goreng, cicah kuah cili kicap, panas telinga...leleh airmataku...

Hidangan yang terhidang untuk disantap....



Maklong dengan bakal penerima duit raya tahun ini...ahakss


Woh , penaja rasmi ikan berbuka dan tapau bawa balik, semuga tahun depan sponsor banyak-banyak lagi...ahakss


Amacam? ...menyelerakan tak?.....slurrrpppppp...ahakss



...

Friday, August 5, 2011

Breakfast Roti Canai Berlauk Ujong Pasir

Aku dan family sempat pekena roti canai berlauk ni pada pagi ahad 31 Julai yang lalu, kalau tak, mau kena tunggu sebulan dua lagi, roti canai dia lembut dan pelbagai lauk pauk boleh dipilih termasuklah nasi brayani. Makan pagi-pagi penuh meriah macam ni memang bukan amalan aku tapi sekali sekala tentu aku tak lepaskan. Bukan dekat rumah aku dengan Ujong Pasir ni tapi dek sebab gian nak pekena, aku mai jugalah.


Pintu masuk, simple dan tiada papantanda besar gajah.


Senyum sebelum sarapan..he he he...


Nasi lemak ayam goreng, sambal tak pedas sangat, anak2 aku suka.


Sarapan ku, roti telur sekeping dan daging berempah semangkuk.....sedap weiiii...


Nasi brayani ayam, antara yang best kat Melaka ni dan yang ini kami makan pukul 8.30 pagi, pagi2 dah ada menu heavy, konyang gilerrr...


Sirap bandung kegemaran syafiq, macamlah aku tak boleh buat sebaldi untuk dia kat rumah..ha ha ha...


Bayar time....errr pakcik, takde diskaun harga runtuh giler2 ker?...kui kui kui..

Taukeh dia datang pakai mercedes and sorry no nombor telefon, aku sengaja lupa ambik...ahakss


Dah habis, wife terperanjat pasal dia tak kenyang lagi kot...he he he..

Trademark aku....den dah sampai...ahakss



...