Wednesday, July 20, 2011

TT Daging Salai Nilai - 17hb Julai 2011

Entah kenapa kalau event makan2 ni cepat nau menarik minat utk aku join. Memang betul pepatah lama, musuh jangan dicari dan rezeki jangan ditolak. Bab makan ni memang acara yang aku suka sekali berbanding majlis rasmi, meeting bulanan, meeting cawangan mahupun acara sukaneka. Bertarikh 17hb julai 2011, sekali lagi aku join geng2 Ria Family singgah diwarung ini, nama tak sedapnya, warung kubur tapi yang sedapnya, menu yang disediakan. Betapa sedap? Kena datang dan cubalah sendiri, kalau tak kena dengan tekak tuan2, ado den kisah....ha ha ha....ahakss


Berkumpul kat stesen petronas nilai kul 11.45 pg sebelum bergerak ke Warung Kubur, Nilai.

Konvoi sudah pun bergerak...


Antara isteri-isteri yang hadir. Dalam RF, isteri digelar CP ataupun bermaksud co pilot.

Menunggu hidangan.....



Syima layan anak-anak makan dulu, kang tak tenteram time makan kang...



Pinggan ku yang ke tiga...kui kui kui... esoklah start diet.



Taukeh kedai, Kak Ijah. Kalau nak order makan atau katering, boleh call hp dia 012-6641817. Jamin sodap baiiiii.



Sesi penutup sebelum bersurai, asyik kena jadi jurucakap dan kena cakap ajelah aku selalu macam ni. Bilalah boleh bersara ni....

Bergambar kita...SOP setiap TT...hoyeahhhhh.



Sehingga berjumpa lagi untuk next TT, pastikan anda berkonvoi dan bukan berkoboi...ahakss.


...

No comments:

Post a Comment