Wednesday, July 20, 2011

TT Daging Salai Nilai - 17hb Julai 2011

Entah kenapa kalau event makan2 ni cepat nau menarik minat utk aku join. Memang betul pepatah lama, musuh jangan dicari dan rezeki jangan ditolak. Bab makan ni memang acara yang aku suka sekali berbanding majlis rasmi, meeting bulanan, meeting cawangan mahupun acara sukaneka. Bertarikh 17hb julai 2011, sekali lagi aku join geng2 Ria Family singgah diwarung ini, nama tak sedapnya, warung kubur tapi yang sedapnya, menu yang disediakan. Betapa sedap? Kena datang dan cubalah sendiri, kalau tak kena dengan tekak tuan2, ado den kisah....ha ha ha....ahakss


Berkumpul kat stesen petronas nilai kul 11.45 pg sebelum bergerak ke Warung Kubur, Nilai.

Konvoi sudah pun bergerak...


Antara isteri-isteri yang hadir. Dalam RF, isteri digelar CP ataupun bermaksud co pilot.

Menunggu hidangan.....



Syima layan anak-anak makan dulu, kang tak tenteram time makan kang...



Pinggan ku yang ke tiga...kui kui kui... esoklah start diet.



Taukeh kedai, Kak Ijah. Kalau nak order makan atau katering, boleh call hp dia 012-6641817. Jamin sodap baiiiii.



Sesi penutup sebelum bersurai, asyik kena jadi jurucakap dan kena cakap ajelah aku selalu macam ni. Bilalah boleh bersara ni....

Bergambar kita...SOP setiap TT...hoyeahhhhh.



Sehingga berjumpa lagi untuk next TT, pastikan anda berkonvoi dan bukan berkoboi...ahakss.


...

Sunday, July 10, 2011

SPARK Bowling INTERSITE - MIBC, Melaka 3 Julai 2011

Tarikh ni bertindih dengan program Trip Ulu Dong aku, terpaksa memilih satu antara dua memandangkan event yang diadakan agak jauh dari satu sama lain, aku tak boleh nak lari2 dan aku melihat yang mana lebih menjimatkan dan juga yang mana lebih menguntungkan dan aku pilih......................... derita....


Tengah susun door gift dalam kereta...

Penuh tu....


Ajk SPARK dari HQ yang dah sampai ke Hotel Rasmi penginapan pemain bowling seluruh KNM

Keluarga aku yang turut menyokong, depa tak dapat makan durian Ulu Dong lah tahun ni.

Pasukan dari Gebeng dah mula sampai....


Antara bos2 dari Gebeng yang turut serta kali ini...



Breakfast time!!!!

Pendaftaran pemain untuk lorong sedang dijalankan...

Promote team lawan padahal team sendiri tah kemana...ahakss

Pasukan GFS

Pasukan KEE

Pasukan KPS

Pasukan MFS, pasukan Melaka..ahakss

He he he...gaya siapa ni?...

Orang lain berseronok main boling, aku berseronok kerja sorang2...uhuksss

Seluruh pasukan bergambar sebelum berlawan...

Pasukan aku ...yeahhhhhhhh!!!



Dah siap!!!

Rupa-rupanya Pn Rohana, Marketing Exec kat MIBC ni merupakan kawan lama aku masa kat Melaka Raya dulu dan kebetulan juga Aida dan Fina AF9 merupakan anak beliau... Bangga giler dengan beliau, very low profile punya person, insyallah ada tournament lagi, aku mesti mai sini, sure ada diskaunnyer...ahakss 

Inilah Champion Trophy yang jadi rebutan setiap pasukan.... siapa yang akan menang nanti yea?...




Sessi bayar bil...ahakss

Anak aku pun sempat memboling dalam satu game sementara menunggu perlawanan abis. Kopak poket aku..uhukss

Saat yang dinant-nantikan...

Macam biasa kerja aku...jaga rostrum...ha ha ha...

Juara individu wanita, dari Team aku, Cik Hazurah Baharudin. Tahniah!!!

Champ Trophy jatuh ketangan Team HQ untuk kali yang ke 5...hampeh tullllll...

Tugas hakiki diman-mana.....

Makan time, meja VVIP tu...meriah...meriah...



Tak dapat bawak balik, dapat bergambar pun jadilah...


Bersama KNM SPARK Captain 2011, En Nik Rosli dan SPARK Bowling Captain, En Azlan, semuga penganjuran kali ini memuaskan hati semua orang dan ianya adalah penganjuran terbaik yang mampu dilakukan oleh MFS sebagai tuan rumah.  Tq pada semua yang mengambil bahagia, menang atau kalah adalah adat pertandingan, semuga sukan ini menyatukan kita semua.......salam

...