Wednesday, June 29, 2011

Warung Waty @ Warung Kubur, Nilai, N9

Ada kenalan dari geng Ria Family mempromosikan kedai ni, dah 3 4 orang yang singgah kata kedai ni best, menunya lazat-lazat belaka. Aku memang pantang kalau dengar tempat makan yang best-best, pasti den nak torai nyo. Maka dikesempatan pada minggu OPA yang lalu, aku dan family membuat kunjungan ke kedai ni, banyak juga gambar yang aku ambik, boleh buat terliur nanti...ahakss.

Kedai ni terletak di Bukit Kadir, ada gps koordinatnya tapi aku lupa, senang-senang aku guide lah macamana nak pergi. Bagi pengunjung dari Hiway Plus, sila exit di Tol Nilai, tiba di trafic light pertama, jaraknya antara tol ke situ dalam 2 km. Belok kanan, kalau kiri akan ke Nilai 3. Anda akan jumpa 1 lagi trafic light, terus lagi kemudian akan terjumpa satu round a bout, ambil pukul 9, lepas 500 meter jumpa trafic light, kiri Tesco, kanan Giant, jalan terus sampai jumpa satu lagi round a bout dekat medan selera macam-macam ada, kat round a bout tu ambil pukul 12, kira jalan teruslah.  Jumpa trafic light, kiri ke Pajam, Batang Benar, ambik kanan, kena lalu pekan lama Nilai termasuklah stesen komuternya. Dari simpang tu jalan terus hampir 8 km, kena lepas Balai Polis Nilai sebelah kiri, simpang ke Labu sebelah kiri dan penanda yang anda dah dekat kedai tu adalah tanah perkuburan disebelah kanan. Lepas pagar kubur tu ada lorong kecil, belok kanan dan kedai tu 10 meter aje dari jalan besar tu. Kedai berpagarkan buluh disebelah kiri. Ada gambar saya ambil buat rujukan dan panduarah tuan-tuan.

Kalau dah sampai, cubalah semua menunya, insyallah anda akan puashati tahap gaban nya..ha ha ha... kalau tak sedap...Ado den kisah.....



Wife dan anak-anak ku...

Muhammad Syukur Aiman.....yang tertinggal kat hiway dulu...

Owner dia namanya Ija.

Kubur yang dimaksudkan, betul-betul depan kedai.....

Papantanda ni boleh dibuat rujukan juga kalau nak cari simpang masuknya.

Macam tak buka aje kalau dilihat dari jauh..

Pintu masuk...

Ayam kampung masak lomak...

Ulam-ulaman, ikan masin tu aku sorang aje bedal sampai habis...ahakss

Ikan merah masak asam pedas...

Ikan patin masak lemak tempoyak, ada beberapa gambar yang tak dapat aku postkan atas sebab-sebab teknikal antaranya daging salai masak lemak, udang masak lemak tempoyak dan sotong goreng kunyit panas-panas. Menu memang lazat-lazat belaka, tak rugi aku singgah dari Melaka.

Baca doa makan dulu, itu wajib...

He he he....jelingan mencabar mana-mana pencinta makanan untuk datang mencuba...ahakss

Front view...lihatlah deretan pinggan kosong yang ditinggalkan
dan klasiknya pinggan ni dah takde guna lagi kat restoran-restoran besar seperti KFC ataupun McD. Pinggan zaman mak-mak kita dan rasa masakannya saling tak tumpah macam mak kita yang masak, percayalah...anda pasti akan kembali lagi sekiranya dah mencuba kali pertama, itu janji saya...ha ha ha...

Wife aku sendiri mengiktiraf kelazatan makanan kat sini sampai dihirupnya kuah tersebut..he he he... time aku hirup aku tak ambik gambar.. kui kui kui.... Kalau tuan-tuan berkesempatan ke Seremban ataupun Nilai, singgahlah ke kedai ni, beroperasi dari pukul 11 pagi hingga jam 2.30 petang aje setiap hari Isnin sampai hari Sabtu. Tak salah mencuba sebenarnya, kalau sedap, boleh datang lagi, kalau tak sedap, kita pergi tempat lain pulak tapi yang pasti hati saya dan keluarga telah terpikat dengan rasa dan kelazatan masakan di kedai ini dan insyallah kami mungkin akan kemari lagi, tapi bukan dalam waktu terdekat pasal budget ku singkat...ha ha ha.....



....

No comments:

Post a Comment