Thursday, June 9, 2011

Konvoi Ganu Kita 4 & 5 Jun 2011

Menyertai Kelab Ria Family atau lebih dikenali sebagai Kelab Pemilik MPV Nazaria Malaysia membuatkan aku rasa seronok kerana tema utama dalam kelab ini menjerumus kearah pengukuhan sillaturrahim selain bantu membantu bukan pada aspek teknikal kereta sahaja walaupun semua ahlinya memiliki model yang sama tapi lebih kepada fungsi kekeluargaan. Ziarah menziarahi, TT bersama-sama keluarga selain makan-makan disetiap perjumpaan yang diadakan (peberet aku tu..ahakss).

Salah satu aktiviti utamanya dah tentu aktiviti konvoinya , sejak menyertai konvoi pertama ke Pasir Gudang dulu, aku rasa gian nak join lagi dan selalunya hanya short konvoi yang diadakan dan kali ini aku berpeluang menyertai konvoi jarak jauh dan  konvoi ini digelar "Konvoi Ganu Kita". Tak banyak persediaan yang aku lakukan, hanya baikpulih kecil-kecilan dan sedikit pengubahsuaian pada rim 15" ke rim 16" bagi memastikan perjalanan jauh smooth selain mengurangkan olengan ketika membuat driffting ataupun mengambil selekoh ceceh telinga..ha ha ha..

Lagipun musim cuti sekolah ni, elok juga bawa anak-anak makan angin, asyik makan angin dekat-dekat aje maka kali ini aku dan isteri memilih Pantai Timur dan kebetulan pula kena dengan tarikh konvoi ini diadakan. Nak bercerita banyak tentang keseronokan agak payah, biar korang tengok gambar-gambar yang ada, nilailah dengan kacamata tuan-tuan sendiri kerana tagline kelab ini ...Ria Family "where the excitement begin..."

Berkumpul di Stesen Petronas Sg Besi atau dipanggil juga Bukit Jalil, ikut mana suka. Bersama CDM pertama Ria Family, orang kuat bekerja dan bersillaturrahim, Bro Din Bugis RF172.


Berkumpul lak di Stesen Petronas sebelum Tol Gombak. Bersama Bro Izham, tauke NGV dan tauke minyak morrey.

Prepare nak gantung banner. Banner ni akan ikut konvoi ni sampai sudah, sampai habislah sebelum diserahkan kepada tuan rumah destinasi terakhir.

Sessi penerangan tentang aspek-aspek berkonvoi oleh Marshall. Potong queue tak dibenarkan termasuk lah potong you.


Penyerahan t-shirt rasmi konvoi juga turut diadakan, Bro Hafizal salah seorang tokan kuat konvoi ni, dia jadi lead car yang sungguh-sungguh bersopan santun bila berkonvoi tapi bila berkumpul, dia paling last. hampeh tul.

Pemeriksaan akhir setiap kenderaan bagi memastikan tiada kebocoran NGV, kalau tak, kena cari stesen NGV berdekatan. Paling menyusahkanlah tu...he he he...

Tq atas sokongan rakan-rakan RF yang tak dapat turut serta konvoi tapi sudi meng"Flag Off:" kan konvoi.

Bergambar beramai-ramai sebelum "take off". Gentleman...start your engine...ahakss

Konvoi bermula....

Kelebihan memakai NGV ni, ianya menjimatkan, kekurangan memakai NGV ni, ianya menyusahkan...tengoklah kenapa....

Sesi menunggu oleh CP dan Cabin Crew, adatlah kalau sebuah kereta bermasaalah, kereta yang lain pun terlibat sama, ikut konvoi kena ikut cara konvoi, jangan ikut cara koboi...ha ha ha....

Sessi membantu kereta kawan yang bermasaalah engine overheat, yang lain tolong repair, aku tolong tengok...standard..

Pit Stop - refill stok makanan dan kosongkan tangki simpanan perut yg dah due.

Pit Stop - konvoi kali ni buat pit stop ikut dan aje, yang penting kereta kawan-kawan tak jahanam. Kalau tak, naya kawan kita.

Check jarak KM yang perlu ditempuh. Tak mau salah calculation, kalau salah boleh buat perut lapar gila macam Din Bugis, dari pagi tak makan-makan....kui kui kui...sapa suruh...

Sempat berposing lagi anak-anak aku kat tepi highway ni.

Pit stop lagi - yang ni selepas pusat latihan APMM kat Gebeng. Kira dah dekat ke tempat makan tengahari..ahakss

Yang ramai-ramai kat enjin tu bukan tolong repair, depa tumpang berteduh, payung ngan topi lupa nak bawak...kui kui kui....

Akhirnya sampai ke Warung Aziz Satar, Kemaman. Satar time!!!!!

Nasi dah tak heran ni, satar, pulut ngan otak-otak kena serang dulu...yehaa

Aku pun sama, satar dulu, nasi esok2 pun takper..he he he..

Konvoi bergerak ke Hotel Rasmi Penginapan selepas makan tengahari.

Berkumpul lak untuk ke rumah En Wan Selamat, konvoi malam ni bahaya sikit, marshall kena check semua lampu kereta ok ka tak...

Dah sampai rumah En Wan Selamat, aku kalau ada bendera ni ada fobis sikit, pantang jumpa aje mesti nak bergambar..ha ha ha...

BBQ time, aku tolong tambah arang aje, buat-buat tak reti masak, tolong nyala api ngan susun arang boleh lah...he he he...

Sessi penyerahan T-shirt rasmi oleh Bro Deemiza kepada tuan rumah, En Wan Selamat, the only wakil RF di Kemaman khasnya dan di Terengganu amnya. Aku tumpang bergambar aje tu...ahakss

Sedap weiiii, mamamia...rugi sapa tak join...

Dan akhirnya, kena juga aku jaga ayam...ish ish ih, depa ni tak boleh tengok aku khusyuk makan, mesti suruh buat kerja...gggrrrrrrrrr...

Pilot konvoi ganu kita. Ada Beran?

Para CP yang understanding dan menyokong penuh konvoi ni, yang tak mai mungkin tak menyokong kot...kot ajelah, takdelah tuduh macam-macam...cabuttttttttttt

Cabin Crew...ramai tu...walawei...oishhhhhhh.








Bro op1133 dan family, yang lain jangan jeles, gambar aku ada bendera...ha ha ha....

Bro Wan Selamat, the only wakil Rf kat Terengganu. Tq atas layanan first class En Wan sekeluarga, kami akan kenang sampai bila-bila, insyallah.

Sedikit kutipan dari peserta konvoi buat tong2 BBQ, segan lak asyik makan, macam-macam menu lak tu, takan nak makan free, kena hulur2 juga lah sikit...ahakss

Seperti mana yang dijanjikan oleh Bro Hazlin, sapa mai konvoi, ada ole-ole dari Serawak, ingatkan gambir sorang sekilo, rupanya dapat keychain sorang satu, alhamdulilah syukur, kebetulan aku pun suka kumpul keychain ni, bro ..nanti tolong cari lagi keychain yea, Sabah, Kedah, Penang..bla bla bla bla.....

Seronok bila berkonvoi ni, semangat kawan-kawan banyak membantu, bagi aura kepada semua, apa masaalah pun boleh settle. Yang penting kita semua happy. Jumpa lagi next konvoi kawan-kawan ku dan pastikan...ikutlah konvoi bukan ikut koboi...kui kui kui....ahakss


...

1 comment:

  1. best bro...kenangan mengusik jiwa...

    ReplyDelete