Friday, June 10, 2011

A Journey - Kuala Terengganu 2011

Tak sangka aku boleh sampai jauh sebegini, mulanya hanya merancang percutian keluarga yang ringkas dan dekat-dekat sahaja. Bila wife ajak ke Pantai Timur, aku ikut aje pasal aku boleh selitkan timing tu dengan event yang dianjurkan oleh Kelab Ria Family. Dah tentu aku tak bagitau awal-awal kat wife, takut dia berubah hati..he he he..

Sempat juga aku buat ziarah sahabat dan rakan komrade batch 83-87 di Kertih dan Kuantan, melihat hakiki kehidupan mereka dan keluarga mereka. Mengetahui budaya setempat dan rentak yang dilalui. Walaupun jarak menjadi batu penghalang utama untuk kami bersua, semangat dan sifat setiakawan batch masih terpahat kukuh didalam hati mereka. Tabik hormat buat mereka, layanan terbaik yang aku terima bersama keluarga sepanjang disana, bermalam  di kediaman Op Odeng B Coy dengan dijamu Tomyam JR Junior dan keropok lekor goreng panas-panas wife beliau jam 12 malam, sarapan soto best in town wife Op Hazani E Coy selain mengenali menu baru "GORPIS" dari Chef Op Hj Pet A Coy. Hawau hang...ha ha ha...

Kata orang sekeping gambar boleh menceritakan seribu kisah maka tatapilah gambar-gambar kenangan keluarga aku ketika percutian ini dan terima kasih kepada sahabat-sahabat RMC yang sudi menerima kunjungan aku sekeluarga, jasa baik tuan-tuan amat saya hargai dan semangat setiakawan tuan-tuan amat-amat saya kagumi.....


Wife aku ni pantang stop mana2, mesti suruh ambik gambar nya, mentang2lah dia hadiahkan aku kamera DSLR sempena hari bapa maka bapa lah kena ambik gambar ibu.....

Masa nak pergi, aku join konvoi Ria Family, sekarang tengah tengok minyak yang boleh menstabilkan enjin, nak terang lebih lanjut, aku tak mahir, contact lah bro ni, Bro Din Bugis.

Konvoi yang aku join, ada 7 kereta pada peringkat KL ke Kemaman. Lepas tu baru ada 2 atau 3 kereta lagi join.



Berhenti makan tengahari kat Warung Aziz Satar, Kemaman dan menu utamanya adalah satar, pulut dan otak-otak, nasi dah tak berapa best kat kedai ni.

Malam tu ada sesi BBQ kat rumah member RF, aku tumpang menyelit aje , kira jadi tukang cakap ngan tukang makan aje....

Kawan-kawan RF yang sekonvoi dengan aku, aku takde baju pistol tu pasal takde saiz, hampehhhhhh...


Hotel penginapan ku, bersih dan cantik, astro pun ada, hotel baru lah katakan, aku sekeluarga selesa kat sini, kalau mai area Kemaman, aku pasti check in lagi kat sini.




Sempat lagi hantar beg baju yang dikirim oleh Shahir hari tu, door to door service, hantar sampai depan rumah sewa dia kat Kg Pasir, Dungun. Pelajar Uitm semester ketiga ni.

Dah sampai Kuala Terengganu...


Aku takde dalam gambar pasal asyik ambik gambar family aje, tripod ada tapi lupa nak bawa turun dari kereta, nak minta orang lain tolong, takut gambar tak jadi maka terpaksalah aku berkorban.

Akhirnya.....aku di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

Entrance Taman Tamadun Islam, kena chop pasport dulu...ahakss


Posing lagi....


Masjid Kristal diambil dari atas jambatan Sultan Mahmud.







Aktiviti melompat kat Pantai Kemasek, Kerteh..... Fatin dan Ikhwan.

Ikhwan, Aiman, Syafiq dan Fatin......

Wife aku.....

Dan aku....hampeh... tok leh ggggggg, overload...ha ha ha....

Pit stop terakhir membungkus satar sebelum balik ke Melaka...area Kemaman, depan Masjid Geliga.



Minum petang bersama Op Hj Khairuzzamani Ramli aka Pet A Coy di Bukit Setongkol, Kuantan, pulut panggang yang dia hidang memang best...power tuuuuuu.


First time sampai tunjuk satu jari, lepas ni jari kena tunjuk 2 lah pulak...ahakss

Seronok dapat berjalan makan angin dengan family, kena lak tempat yang dituju ada ramai sahabat yang boleh dikunjungi, walaupun jarang dapat bersua, kemesraan dan keakraban masih seperti dulu. Terlalu jauh masa meninggalkan kita, terlalu lama kita meninggalkan kenangan lama dahulu, doa dan harapan aku, semuga setiakawan dan sillaturrahim ini tidak terhenti disini biarpun untuk seribu tahun lagi. Semua ini adalah kenangan terindah buat diriku....salam hormat.


...

No comments:

Post a Comment