Sunday, May 8, 2011

Yong Tau Foo, Melaka Style.

2 hari lepas Aiman demam, wife tak masak nasi, hanya masak bubur aje dari pagi sampai petang. Bila malam semua orang dah muak. Last-last wife ajak pekena masakan ala-ala sup maka aku bawa diaorang pekena yong tau foo kat Pantai Puteri. Istimewanya yong tau foo kat sini bukan dibungkus seperti yong tau foo biasa yang terdapat dimana-mana pasar malam dalam Malaysia. Yong tau foo disini dihidang seperti makanan bersup. 

Ianya bukan berkonsep steamboat atau satay celup, lebih kearah sup yang mempunyai kuah cili untuk dicicah. Isinya pelbagai dan dah tentu kena celup juga sebelum dipotong-potong kecil bagi memudahkan dimakan oleh pelanggan. Antara pilihan yang aku gemari antaranya fishball, sosej, perut lembu, paru, daging, cendawan bulat dan juga telur puyuh rebus. Banyak pilihan untuk dimakan sebenarnya dan kalau berminat nak mencuba, kedai ini ada terdapat di Bandar Hilir, Pulau Gadong dan juga Pantai Puteri. 

Kalau nak tahu berapakah harga makanan yang kita makan, angkat saja mangkuk kita dan lihat piring alasnya. Ditulis dengan pensel jumlahnya, kalau tak nak terperanjat bila time nak bayar, pastikan anda mengambil 8 ketul dulu, cuba dulu dalam bilangan yang sedikit, kalau kurang boleh ditambah, kalau lebih??? masak kau...ha ha ha... sebabnya 8 ketul hidangan tu kalau dipotong-potong kecil boleh menghasilkan 32 ketul kecil dan kalau ditambah mee, bihun atau kuew tiau, mau mangkuk kecik tu jadi mangkuk nasi tambah.

Kalau nak tahu rasanya, ianya sama aje dengan rasa mee sup dimana-mana kedai pun tapi kalau nak tengok kaedah baru cara-cara makanan ini dihidangkan, amat-amatlah di alu-alukan, kata akhir ditangan tuan-tuan dan kata saya........ Ado Den Kisah....



Saiz hidangan RM9.80...ahakss

...

No comments:

Post a Comment