Monday, May 9, 2011

Rojak Dan Cendol, Uniten






Membicarakan soal makanan sebenarnya bukan sahaja membuatkan saya rasa teruja malah wife juga berkongsi keterujaan yang sama. Bila kawan-kawan satu sekolah beliau maklumkan ada kedai makan yang best di Melaka ni, pasti beliau ajak saya mencubanya. Kami akan pergi bila cukup bulan sahaja pasal mengajar tekak makan kat luar cukup bulan sahaja bak kata orang ajar disiplin lah kalau tak, mahu rabak wallet. Lainlah kalau gaji masing-masing seploh ribu sorang-sorang...ahakss

Baru-baru ni saya ke Komplek Sukan MSN, menguruskan pasukan bolasepak PEROt BOLAt FC batch 83-87. Saya bertolak awal dari Melaka, sempat jugalah singgah 4 5 tempat sebelum ke sana dan lokasi terakhir sebelum berkumpul kat MSN adalah di warung kanopi biru dekat round a bout Uniten. Dulu masa berkhidmat kat Parcel B, selalu jugalah singgah kat area tu, dulu hanya stall jual goreng-goreng aje dan kini dah jadi macam medan selera lak.

Jam dah pukul 3.30, perlu sampai ke padang dalam pukul 4 petang maka saya pekena yang simple-simple aje, dengan cuaca yang panas dan selain tekak yang gatal nak mengonyel maka saya mengorder cendol pulut dan rojak aje. Boleh tahan jugalah rasanya, yang cendol rasa cendol, yang rojak rasa rojak lah takan rasa nasi mandy..ha ha ha...  Teringatkan cendol kat pekan Sg Besi, dah lama juga tak kesana, entah ada lagi atau tidak. Rasa cendol dan rojak ni tak lari sangat antara satu tempat ke tempat lain, bagi saya berbaloi makan cendol, menyejukan dan sedap, kalau berpeluang kesana lagi, insyallah saya singgah, mungkin pekena sup-sup ka atau pelbagai kuih muih yang lain cuma kalau nak singgah, eloklah singgah dari tengahari sampai petang. Kalau belah malam....dia dah tutup...ahakss


...

No comments:

Post a Comment