Wednesday, May 18, 2011

Nasi Arab Al Abraj, Bangi Sek 9.

Isnin lepas aku ada meeting ISO kat HQ Serdang. Aku car pool dengan boss aku , kami bertiga bertolak dari Melaka lebih kurang jam 7 pagi dan sampai ke KL jam 8.55 pagi. Naik kereta boss aku, dia boleh claim mileage, aku claim air liur ajelah. Dan meeting ISO kali ni memang hampeh, bukan macam trainning, masa trainning full board, kenyang gila sepanjang hari, dari sarapan sampailah ke minum petang, air panas dan mineral free flow. Kat HQ ni.......malaslah nak cakap banyak, kebulur gila aku. On the way balik aku sound boss aku, kalau ada meeting ISO lagi lepas ni, aku dah tak nak mai lagi. Boss aku tahu, kalau aku lafaz, memang aku buat dan beliau counter offer aku, apa aku nak makan, dia belanja....... apa lagi aku guide pergi kat sini lah...



Nasi arab ni resepi Yemen, aku dah try resepi Damsyik, resepi Tunisia dan resepi  Bukit Baru....


Buku menu....cam scrap book time sekolah aku aje.


Barbican takde, ipar dia si Fayrouz ada....aku order aje....


Inilah Lamb Zurqan dia, lepas pekena aku mengantuk gila, mata berat aje, payah nak buka, diaorang taruk daum ketum aper.....

Walau apapun, aku berterima kasih kat boss aku yang sudi membelanja aku semata-mata nak membeli jiwa aku namun aku dah tekad, ada lagi meeting kat HQ aku tetap takan pergi, kalau boss marah juga...Ado Den Kisah!!!....

Dan disebelah malamnya pula rakan-rakan aku dari Kelab Pemilik MPV Nazaria buat TT kat sana, walaupun aku tak dapat join diaorang walaupun aku dah cuba mengadjust time aku namun aku percaya depa memahami dan kalau ada kesempatan lain dan depa buat lagi kat sini, insyallah aku cuba hadir tapi macam biasa ...kena tunggu lesen approved lah...ha ha ha.....

....

No comments:

Post a Comment