Sunday, April 24, 2011

Nasi Arab Di Restoran Saba, Cyberjaya

First time pekena nasi arab kat sini, akhirnya setelah lama mengidamkannya maka malam tadi ianya menjadi pelunas segalanya. Kenyang dan seronok, kenyang pasal kena paksa makan oleh kawan-kawan dan seronok pasal datang makan ramai-ramai. 

Mula-mula sampai aje, aku dah terperanjat, penuh kedai tersebut dengan pelanggan, bukan dalam kedai aje, dekat 4 lot kedai penuh termasuklah kaki limanya. Memang tempat ni menjadi tumpuan penggemar nasi arab, dari muda sampailah ke tua, yang datang berdua, yang datang berkeluarga, yang datang berkelompok termasuklah kami yang datang berkonvoi. Ingat kena tunggu lama baru boleh dapat makan tapi tak sampai 20 minit lepas order, nasi arab datang bertalu-talu.... arrgghhh kawan-kawan aku order macam ada kenduri kahwin aje gamaknya.

Tak tahu lak apa menu yang diaorang order tapi nampak macam mandy lamb, first time try minum barbican, buka pakai tangan...ish ish ish...kunonya aku..ha ha ha, aku try buka pakai gigi. Bengap juga aku kadang-kadang. Berapa pinggan aku makan? Tanya diaorang, aku tak tahu pasal aku tak nampak pinggan, aku nampak dulang aje depan aku....ho ho ho. Sikit-sikit pas kat aku, sikit-sikit pas kat aku, apa diaorang ingat aku ni kuat makan ke.....tapi yang penting Ado Den Kisah!!!...ahakss



Baru sampai....


Order time!!!


Inilah pemangku Drinc IC batch terbaru...rambut kitaorang sama tak??


Kad kredit yang tak mau pegang kalau mahu ke mari...ahakss


Mandy lamb......


Orang lain, satu botol satu gelas, aku satu botol dua gelas....kih kih kih...


Sessi tolak segala-galanya kat aku....


Cuba teka, pinggan aku yang mana?...


Tq very much pemilik baju biru...ahakss



Anjang kata Bestttttt, aku kata Wowwwwwwwwwwwwwwww!!!!!


...

2 comments:

  1. ooooo, maaf sebab tak tahu nama menu pasal asyik membedal aje...ahakss

    ReplyDelete