Thursday, April 14, 2011

Asam Pedas Tangga Batu

Aku bukanlah pakar dalam bidang masakan mahupun pakar pemakanan atau pakar nutrisi, pakar makan adalah, itupun tak seteror manapun. Banyak juga kedai-kedai makan dalam Malaysia yang dah aku cuba, bawa dari Singapura sampailah ke Negeri-Negeri Pantai Timur juga seantero belah-belah Utara. Tidak mendabik dada dalam bab makanan tapi mendabik poyot...ha ha ha... Banyak dah kedai makanan yang aku dah pergi, dari kedai cendol bawah pokok sampailah ke Hotel 15 bintang, dari yang pergi bayar sendiri sampailah orang belanja free...ha ha ha... 

Entry kali ni menceritakan sebuah kedai menjual masakan asam pedas di Melaka ni. Kalau biasa aku sering menceritakan tentang Asam Pedas Claypot, kali ni kedai yang terletak berdekatan BSN Tangga Batu menjual masakan asam pedas dengan menu ikannya adalah ikan kembong dan ikan pari sahaja, ada kari ayam belah 4, samaada dada atau peha, sambal sotong dan sambal udang. Ianya juga boleh dimakan dengan nasi putih telur masin ataupun dengan roti canai panas-panas. Yang uniknya kuali besar yang digunakan untuk memasak roti canainya menggunakan bahan api dari kayu arang dan bukan dari LPG.

Sempat menjamah dikedai ini buat pertama kalinya walaupun dah beribu ratus kali lalu kerana terletak dilaluan antara rumah aku dan rumah saudara mara sebelah mak membuatkan aku membahagikan 3 bintang dari segi rasa dan 1 bintang dari segi dekorasinya. Lain orang lain tekaknya maka kalau nak cuba, boleh mai, kalau tak, pi kedai lain lah....ahakss



Nasi asam pedas, satu set.

Asam pedas pari, kuahnya tidak pekat tapi isinya banyak sedikit dari kedai lain. 

Kari ayam, puas makan ni, cicah dengan roti canai atau makan dengan nasi putih...totap konyang.

Sambal udang .....powerrrrrrrrr


...

No comments:

Post a Comment