Friday, March 18, 2011

Satar Di Mydin, Melaka

Satar - Pertama kali aku makan satar ni masa pergi melancong ke Kuantan pada tahun 2008, Masa tu konvoi dengan geng safety kat Jimah Powerplant, kami pergi 4 family. Menginap kat Mercu Beach Resort, Sg Ular. Masa petang aku sampai tu, aku dah beli kat kedai depan simpang Hotel, tak banyak dijual pasal dah petang. Esoknya selepas check out, kitaorang drive sampai Kuala Kemaman pasal dari info yang diterima, keropok lekor kat sana best.

Bila dah sampai sana, ternampak kedai satar ni tapi nama kedai dia "Kedai Satar Aziz"... rasa cam terbalik aje kan..ha ha ha... Makan lunch kat sana dan yang specialnya, satar tu dimasak "Live" depan kami, memang mercik, sambil makan tu order sekali satar, makan kat situ termasuk bungkus sekali. Memang sedap juga, makan nasi putih berlauk bersulam dengan satar, bini kawan aku tu siap bungkus 50 biji sekali. Pergggggh...power tu.

Baru-baru ni aku pergi ke Mydin Ayer Keroh dengan family dan lazimnya aku akan ikut wife merayau satu Mydin, entah macamana kali ni aku malas nak ikut dia sambil tolak troli maka aku lepak kat luar sahaja dengan Aiman dan Ikhwan. Macam biasa Aiman ngan Ikhwan mesti kata haus dan minta dibelikan air tin atau air kotak. Diaorang saja nak ketuk ayah dia, aku bawa diaorang ke kedai mamak kat belah hujung bagunan Mydin ni, masa lalu kat kedai mamak tu aku tengok ada stall individu unit sepanjang laluan ke situ dan yang menarik perhatian aku, ada kedai yang menjual satar.  Dah lama tak pekena satar ni maka aku order 2 cucuk untuk test rasanya.

Sedap memang sedap, rasanya sebiji macam yang aku beli kat Kuala Kemaman dulu maka sekarang aku tak perlu travel jauh untuk cari satar ni, cukuplah dengan hanya ke Mydin Ayer Keroh ni. Bagus jugak aku tak follow wife aku ke dalam Mydin, dapat aku jumpa stall ni. Lepas ni kalau member aku yang wife dia suka bangat makan satar ni berkunjung ke Melaka, aku pasti akan bawa dia orang ke sini. Tapi kalau dia kata  rasanya tak sama macam yang kat Kuala Kemaman.....aku pasti akan kata macam ni kat dia..................  Ado Den kisah!!!....ha ha ha...


Yummy!!!....



Satar satu batang rm2.20


...

No comments:

Post a Comment