Thursday, March 17, 2011

Ops Tinjau Mutiara Damansara...

Kalau nak buat apa-apa event batch, aku akan recce dulu tempat-tempat tersebut. Nak kena tahu specific lokasinya, route map, LP nya dan pelbagai supaya mudah nak sampaikan laporan atau koordinasi majlis supaya lancar dan tidak memudaratkan orang ramai. Rabu lepas aku bawa family sekali pergi recce, kali ni aku ditemani oleh Op Amirul Mohamad H Coy aka cikgu pasal aku tak tahu rumah baru tuan rumah yang nak buat majlis buka puasa batch 83-87 tahun ni, masa rumah lama dia aku tahu pasal pernah pergi 3 4 kali juga untuk ops imigresen.  Rumah baru dia ni baru first time..ahakss

Lokasinya sesuai dan senang dicari, mudahlah urusan aku untuk buat laporan nanti, kasi bubuh sikit gambar supaya senang nak tengok-tengok dan kalau ada yang komen pasal awal sangat aku buat survey padahal bulan puasa jauh lagi, sekarang bulan Mac dan puasa bulan Ogos maka macam biasalah...Ado Den Kisah!!!..

Breakfast air liur aje ni, harap2 tuan rumah ada kat rumah lah mintaknya..ahakss

Check out time, tq kak ngah aku ni, penaja kediaman kami sekeluarga...he he he, tobat dia tak sponsor dah lepas ni..

Bersama tuan Op Amirul aka cikgu, takde dia sebagai tour guide, boleh sesat den...konon2nya..

Dah sampai, pandangan dari sudut tepi, kira tapak khemah lah nanti.

Renovation sedang dijalankan semata-mata nak buat majlis buka puasa batch, tabik to you tuan Alvin.. har har har..

Inilah puan rumahnya, Pn Amy Mastura wife Op Alvin Tham Suffian.

Sedang mendengar briefing dari aku padahal aku banyak kelentong dari fakta ni...ha ha ha..

Wife aku dan Amy.

Kat rumah ni ada kolam ikan, tu anak2 aku khusyuk tengok air.....

Gambar kenang-kenangan.

AJK Ops Tinjau bersama puan rumah.

Fatin segan2 lak padahal dia lg besar dari Amy..ha ha ha..

Ikhwan gian nak berendam kat kolam ikan Amy ni, jangan nak!! kang kena saman kita ni. 

Dah penat survey, apa lagi...asam pedas kita, TQ tuan Amirul, terima kasih daun keladi..ahakss


...

No comments:

Post a Comment