Thursday, March 3, 2011

Nasi Baryani Batu Pahat

Minggu depan kilang tempat aku jaga nak buat satu function anjuran HSE Dept, majlis anugerah Team Terbaik sempena Safety Month Campaign yang telah dijalankan pada bulan November tahun lalu dan salah seorang ahli jawatankuasa dia yang berkuasa penuh dan gila kuasa...dah tentulah aku dan kali ni aku kena survey caterer untuk makan tengahari tu nanti. Hari ni berkesempatan membuat tinjauan ke tempat tesebut.

Aku bawa sekali Syima, Aiman dan juga Ikhwan, kebetulan diaorang takde aktiviti sekolah sebelah petang. Lokasi kedai ni terletak dihadapan Jabatan Pengangkutan Jalan, Bukit Katil. Jenuh juga nak kesana dari Cheng, apakan daya dah tugasan rasmi aku serta diaorang selalu lantik aku bila part-part nak handle bab makanan macam ni, aku ni bukannya teror masak, makan boleh ler...ahakss. Menu utama kedai ini Nasi Baryani resepi Batu Pahat, ada Baryani ayam, daging dan juga kambing. Aku try Baryani kambing, yang lain try Baryani ayam. Bagi aku ok jugaklah rasanya, boleh makan lagi kat kedai ni cuma aku rasa nasi yang aku dapat cam sikit aje, nak tambah nasi... aku segan, aku order baru aje, aku tak tambah nasi tapi aku tambah menu...ha ha ha..


Bila dah sampai depan JPJ Bukit Katil, kena u turn, kalau tak mau sampai Jasin ni.

Depan kedai pun ada banner, kalau tak nampak juga, memang sah rabun..har har har...

Kedai dia simple aje, makanan goreng-goreng takde, semua Baryani sesaja..ahakss

Baryani kambing, hidangan pilihan ku. Daging lembut, rempah ratus menyerap seluruh daging, makan macam tu aje dah best, tak perlu dalca atau kuah lain, tak caya boleh try sendiri.

Ikhwan makan dengan bersopan....

Aiman makan bertambah, 2 Baryani ayam dia seorang bedal. anak ayahlah katakan...ahakss

Syima senyum, malam ni takyah masak nasi, anak-anak kenyang sampai ke malam..ha ha ha.

Rasanya tak sia-sia aku order Nasi Baryani Batu Pahat ni, walaupun jauh nak datang, kenyang aku makan, semua urusan dah sedia dimeterai dan diharapkan majlis minggu depan berjalan dengan lancar, kalau ada masalah juga.....bukan ADO!!!...adoiiiiiiiii aku...

...

No comments:

Post a Comment