Saturday, March 19, 2011

Makan Hotdog Di IKEA

Kata orang hotdog kita tak boleh makan tapi itu kata orang, kata aku...he he he...Ado Den Kisah!!!. Sejak berpindah ke Melaka, lama juga aku dan family tak berkunjung ke IKEA, masa stay di Seremban dulu, tiap-tiap tahun aku pasti ke mari. Bukan beli perabot tiap-tiap tahun tapi aku dan wife suka melihat design-design perabot baru selain layout atau susunatur perabot yang ada disini. Walaupun nampak padat tapi ianya disusun teratur dan dengan cara praktikal juga bijak. Kesempatan membuat 5 tugasan dalam 1 (5 in 1) ketika cuti sekolah yang lalu, aku sempat luangkan masa hampir dua jam di sini.

Paling aku suka selain tengok-tengok kat IKEA ni, aku suka makan meat ball, hotdog dan karipap telur yang dijual disini. Oleh kerana budget agak ketat, aku hanya dapat bedal karipap dan hotdog dia aje, meat ball aku kena skip, mungkin dalam next visit kot, tarikhnya? sepoloh tahun lagi..ha ha ha.. Anak-anak aku pun dah mula suka makanan ni, jawapnya kalau nak datang lagi, aku kena sediakan budget yang besar skit kalau tak, aku kenyang tengok ajelah.

Aku makan 1 hotdog, Syafiq makan 2 hotdog, Aiman makan 3 hotdog, Ikhwan makan 3 hotdog dan Fatin hanya makan 1 hotdog. Harga hotdog ni RM2 satu tapi kalau beli 3 harga dia RM5, tu sebab bila bagi RM10, aku dapat 6 hotdog. Kenyang juga anak-anak aku makan hotdog sampaikan kami tak ambik lunch lepas tu terus ke dinner aje.

Kat IKEA ni bukan cakap shopping aje kita rasa relax dan terbuka minda, waktu makan dan suasana tempat makan dia pun kita rasa santai dan tidak terkejar-kejar. Rasa macam nak makan dan makan dan makan lagi..ha ha ha... walaupun nak beratur order makanan dia agak jammed sikit pasal ramai yang beratur tapi ianya berbaloi menunggu dan berbaloi makan disitu. Insyallah kalau aku kesini lagi, hotdog dia akan tetap aku order sampai bila-bila. Kalori tinggi??...Ado Den Kisah!!! har har har....


Anak-anak aku pekena aiskrim dulu...order wajib.


Sosej yang besar, sebijik macam aku tengok kat TV orang putih dalam siri CSI ka, Hawai Five O ka..aku bubuh semua sampingan-sampingannya...mustard pun aku bedal taruh padahal bukannya aku reti makan pun sebelum ni..ha ha ha.. 


Ikhwan dengan hotdognya yang kedua. Simple without sauce.

Aiman bubuh tomato sauce aje, dia tak tahan cili sauce.

Lupalak, masa sampai aku terjumpa seorang sahabat dari kelab RF, tak ingat nama dia pasal jumpa pun sekali masa AGM tahun 2010 dulu. Pegawai JPJ tu..ahakss


...

No comments:

Post a Comment