Sunday, February 27, 2011

Ternakan Kambing Usahasama

Kata orang 90 peratus rezeki diperolehi dari perniagaan dan 10 peratus dari pekerjaan. Bertitik tolak dari langkah awal bak kata orang tua-tua bertatih dahulu sebelum melangkah dan kini alhamdulilah dari usaha titik peluh sebutir dah menjadi busut, insyallah kalau usaha ikhlas dan nawaitu kita jujur, harap-harap busut bertukar menjadi bukit dan bukit bertukar menjadi gunung. Awalnya usahasama ini hanyalah lakaran diatas kertas dengan beberapa pertimbangan peluang perniagaan seperti burung walit, ternakan gaharu, cendawan dan beberapa lagi prospek lain dan yang benar-benar tercipta dan terhasil depan mata adalah ternakan kambing baka jenis Boer.

Diusahakan diatas tanah milik keluarga seluas 1 ekar, projek ternakan kambing ini dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan kebun serai dan limau nipis, banyak juga yang terpaksa dikorbankan bagi memberi jalan pada projek ternakan ini. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata dan akhirnya dengan modal yang dikumpul sedikit demi sedikit, sebuah mimpi terkait menjadi realiti dan dengan kelompok awal sebanyak 8 ekor kambing baka Boer menjadi penghuni terawal kandang milik Ladang Laila Enterprise memulakan langkah pertamanya. Walaupun ianya tidak secanggih ladang-ladang ternakan kambing komersial yang terdapat di Malaysia, sekurang-kurangnya ia bakal menjadi salah satu ladang penyumbang industri kambing jikalau tak pergi jauh, cukuplah sekadar dikalangan keluarga ataupun kampung ataupun daerah ataupun Negeri Melaka....insyallah.

Semuga usahasama ini membuahkan hasil dan semuga ianya dapat dikongsi bersama-sama semua mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, kalau ada yang gembira, kami turut bergembira dan kalau ada yang dengki....Ado Den Kisah!!!....rezeki dari ALLAH.











Ado Den Kisah!!!.....mbekkkkkkkkkkkkkk

...

1 comment:

  1. alhamdulilah..jika memerlukan sebarang nasihat sila bagtahu

    ReplyDelete