Tuesday, January 11, 2011

Urut Badan Dan Bekam, Kg Melayu Subang.

Ada seorang sahabat telah membawa aku ke satu kedai yang menyediakan perkhidmatan urut dan bekam. Pengurut ni seorang anak muda melayu yang memperolehi kemahiran mengurut melalui latihan didalam dan luar negara. Beliau dikenali sebagai saudara Udden yang juga merupakan rakan dan jiran kepada isteri sahabat aku ni. Kedai ni terletak di  Kg Melayu Subang, Selangor,  kalau nak lebih tepat lagi, aku tak berapa mahir tapi kalau nak tahu juga, silalah telefon no yang tertera dalam gambar yang ada kat bawah ni.

Aku tak berurut waktu mula-mula mai pasal aku lebih suka memerhati sahaja. Yang berurut adalah Che Mat, itupun urut kaki sahaja dan Hj Razuan, beliau berbekam angin. Dari teknik yang diamalkan oleh Saudara Udden yang aku perhatikan, cara Saudara Udden ni agak kemas, cermat dan teratur. Beliau juga mengamalkan kosep kesihatan tinggi yang mana tong untuk melupuskan sampah tisu, kapas, jarum atau pisau pun menggunakan tong bio hazard. Bayangkan bagaimana beliau mengamalkan konsep hygiene  yang sistematik.

Bayaran pun kelihatan agak berpatutan sebab bukan aku yang bayar, aku tak nak mencuba berurut disini kerana kalau aku dah cuba, aku pasti mesti aku nak datang laginya, siapa nak jawab?...ha ha ha..   Kedai beliau tidaklah sebesar mana pun tapi bila kita masuk, dengan dekorasinya serta bauan aroma terapi nya aje dah buat kita hilang stress, itu belum lagi merasa urutannya, mahu tertidur sampai malam. 

Kalau nak cuba, dipersilakan tapi kalau tak serasi dengan tuan-tuan bila kali pertama mencuba, janganlah saya dimarahi, saya hanya mempromosikan kedai beliau, tak ambik pun sebarang komisen, anggaplah sebagai sedekah tuan-tuan, tuan-tuan pun bolehlah berubah ke tempat lain dan andaikata kalau tuan-tuan serasi atau pun ngam disini, panjang-panjangkanlah kat kawan-kawan tuan-tuan, tak salah menyampaikan benda yang baik tapi kalau dah balik kerumah dan isteri tuan-tuan marah-marah.........Ado den kisah!!!!

Tuan kedai, Saudara Udden ditengah-tengah, Tuan Haji Sahan disebelah kanan dan Tuan Penasihat 25% disebelah kiri....ha ha ha..


...

No comments:

Post a Comment