Monday, January 24, 2011

Terima Kasih En Fauzi, Taman Tanjung Minyak Utama

Semalam aku kehilangan Aiman seketika, 1 jam yang mendebarkan, pucat lesi aku suami isteri, panik, kalut dan juga mengelabah gila. Aku tak boleh berkata-kata tanpa menitiskan airmata, aku memandu macam gila semata-mata nak mencari anak aku, benda dah jadi dan jadi pengajaran yang amat-amat berguna buat aku.

Aku paling berhati-hati bila melibatkan anak-anak aku bila membuat sebarang perjalanan, baik jauh atau dekat sampai wife aku pun tak percaya yang aku boleh melakukan kesilapan sebegini, kesilapan yang tak akan berlaku kalau aku Double Check! Double Check!. Allah maha berkuasa, padaNYA aku berserah dan padanya aku menyembah....

Terima kasih kepada En Fauzi, Hamba Allah yang membantu aku dengan menghantar pulang Aiman kepangkuan keluarga aku semula, syukur yang teramat-amat pada Allah yang memakbulkan doa kami suami isteri, besar jasa En Fauzi pada aku sekeluarga, insyallah kami akan bertemu setelah keadaan kembali reda, aku hanya dapat berbual dalam telefon sahaja dengan beliau setakat ini. Kalau beliau tak berhenti bersembahyang di RNR Pedas Linggi, aku rasa aku akan kehilangan Aiman selama-lamanya. Terima kasih pada pihak PLUS Highway yang turut membantu selain membuat carian, mereka juga menghubungi aku setiap 20 minit memaklumkan status terkini. Besar jasa mereka pada aku sekeluarga.

Terima kasih pada kawan-kawan yang turut menghulurkan bantuan dan sokongan moral mereka. Aku rasa bersemangat dan terharu, mereka cuba membantu walau tak berupaya sepenuhnya namun alhamdulilah masih ada rakan yang aku boleh bergantung harap. Mungkin ini juga dugaan ALLAH pada aku ataupun keluarga aku. Aku pasrah dan aku redha, ALLAH maha esa dan ALLAH maha kaya.....

...

No comments:

Post a Comment