Monday, January 24, 2011

Terima Kasih En Fauzi, Taman Tanjung Minyak Utama

Semalam aku kehilangan Aiman seketika, 1 jam yang mendebarkan, pucat lesi aku suami isteri, panik, kalut dan juga mengelabah gila. Aku tak boleh berkata-kata tanpa menitiskan airmata, aku memandu macam gila semata-mata nak mencari anak aku, benda dah jadi dan jadi pengajaran yang amat-amat berguna buat aku.

Aku paling berhati-hati bila melibatkan anak-anak aku bila membuat sebarang perjalanan, baik jauh atau dekat sampai wife aku pun tak percaya yang aku boleh melakukan kesilapan sebegini, kesilapan yang tak akan berlaku kalau aku Double Check! Double Check!. Allah maha berkuasa, padaNYA aku berserah dan padanya aku menyembah....

Terima kasih kepada En Fauzi, Hamba Allah yang membantu aku dengan menghantar pulang Aiman kepangkuan keluarga aku semula, syukur yang teramat-amat pada Allah yang memakbulkan doa kami suami isteri, besar jasa En Fauzi pada aku sekeluarga, insyallah kami akan bertemu setelah keadaan kembali reda, aku hanya dapat berbual dalam telefon sahaja dengan beliau setakat ini. Kalau beliau tak berhenti bersembahyang di RNR Pedas Linggi, aku rasa aku akan kehilangan Aiman selama-lamanya. Terima kasih pada pihak PLUS Highway yang turut membantu selain membuat carian, mereka juga menghubungi aku setiap 20 minit memaklumkan status terkini. Besar jasa mereka pada aku sekeluarga.

Terima kasih pada kawan-kawan yang turut menghulurkan bantuan dan sokongan moral mereka. Aku rasa bersemangat dan terharu, mereka cuba membantu walau tak berupaya sepenuhnya namun alhamdulilah masih ada rakan yang aku boleh bergantung harap. Mungkin ini juga dugaan ALLAH pada aku ataupun keluarga aku. Aku pasrah dan aku redha, ALLAH maha esa dan ALLAH maha kaya.....

...

Tuesday, January 18, 2011

Ngoca

Ngoca, apa yang kita tahu? Ngoca ni adalah proses menangkap ikan tapi bukan menggunakan joran atau bubu, tapi menggunakan jaring. Caranya? Jaring akan dipasang melintang di tali air atau pun sungai bertujuan menahan aliran air yang disalurkan keluar melalui empangan atau pun kolam. Kemudian penangkap ikan akan memeriksa jaring tersebut sekiranya ada ikan yang tersangkut. Kalau ada, bawa lah naik dan kalau tiada, kenalah menunggu lagi. Proses ngoca tidak memerlukan masa yang lama, cukuplah sekadar 1 atau 2 jam sahaja dan pastilah penangkap ikan ni seorang yang pandai berenang kalau tidak, ianya boleh menjadi proses ngoca yang berbahaya.

Terbaru, ahad lepas adik ipar saya mengoca di Rasah dan hasilnya boleh dilihat dibawah ni. Ikan dibakar dan juga digoreng kemudian dicicah dengan kuah kicap bercili, pekena dengan nasi putih panas-panas, fuhhh mak mertua lalu pun tak perasan, adik ipar lalu?...Ado den kisah...ha ha ha...


Ikan keli yang ditangkap dengan teknik ngoca.

Baik punyaaaaaaaaa...

Ikan talapia yang berjaya di ngoca

Proses menyiang mengunakan parang tumpul.

Pesta menyiang beramai-ramai bersama ibu dewi..

Ferdinand pun datang tengok??..

Cuba tengok, yang menyiang orang lelaki, yang menengok orang perempuan...ha ha ha..




...

Monday, January 17, 2011

Steamboat Bersama Ipar Duai

Minggu ni pekena steamboat lagi, kali ni bersama ipar duai ku pulak. Terima kasih kepada Woh suami isteri yang sudi membelanja kali ini, bila tengok bil beliau, mahu terkejut aku dibuatnya tapi aku tak kisah, aku dah biasa bayar bil mahal-mahal ni dulu-dulu lagi, kali ni biarlah adik-adik ipar ku yang kaya raya keluarkan zakat makan lak dan diharapkan lain kali boleh lak aku rasa Olin belanja, aku rasa Dik Nor belanja, aku rasa Jaja belanja dan aku rasa Kak Teh belanja, Baiza ngan Mohd, takde lah tu...ahakss

Bila dah habis makan baru tahu yang cashier kedai ni rupanya bekas anak murid wife aku masa dia mengajar di Sek Keb Paroi dulu, cashier tu lak tegur lepas kitaorang dah hampir nak habis makan atau lebih tepat lagi bila kitaorang dah bayar habis ler, apasal lah dia tak tegur masa mula-mula sampai tadi, mahu dapat diskaun 50% kot..ha ha ha... Walau bagaimanapun beliau berjanji sekiranya aku dan family aku, diulangi..aku dan family aku sahaja datang lain kali, kami akan memperolehi diskaun yang terbaekkk!! terbaekkk!! terbaekkk!!...ho ho ho....

Sedikit gambar sekitar makan-makan steamboat untuk tatapan anda, jangan risau, takde yang pakai bikini nyer..ha ha ha....Ado den kisah!!!.



Sebelum - dapur yang belum berasap

Semasa - dapur yang dah berasap dan berisi

Selepas - dapur yang dah takde asap lagi....

Pelbagai pencicah yang lazat-lazat dan paling best kuah Black Peppernya, kalah kawan aku yang kerja Chef kat Kuantan tu buat. Yang kat sini lagi power dan ada betul-betul holiau..

Wajah-wajah marah pasal kena freeze untuk bergambar, sibuk kameraman ni, orang tengah layan membedal ni, kacau aah..ahakss 

Daging black pepper.....menyelerakan dan uummph

Aiskrim dengan chocolate rico 1 kilo..ha ha ha...

Ikan pun kitaorang bedal...

Ibu mertua ku, cashier tu, wife ku dan adik ipar ku. nama Sufi, paklong tak nak sebut..ha ha ha..


Syima suka, aku pun suka.....i like..ahakss

...

Tuesday, January 11, 2011

Urut Badan Dan Bekam, Kg Melayu Subang.

Ada seorang sahabat telah membawa aku ke satu kedai yang menyediakan perkhidmatan urut dan bekam. Pengurut ni seorang anak muda melayu yang memperolehi kemahiran mengurut melalui latihan didalam dan luar negara. Beliau dikenali sebagai saudara Udden yang juga merupakan rakan dan jiran kepada isteri sahabat aku ni. Kedai ni terletak di  Kg Melayu Subang, Selangor,  kalau nak lebih tepat lagi, aku tak berapa mahir tapi kalau nak tahu juga, silalah telefon no yang tertera dalam gambar yang ada kat bawah ni.

Aku tak berurut waktu mula-mula mai pasal aku lebih suka memerhati sahaja. Yang berurut adalah Che Mat, itupun urut kaki sahaja dan Hj Razuan, beliau berbekam angin. Dari teknik yang diamalkan oleh Saudara Udden yang aku perhatikan, cara Saudara Udden ni agak kemas, cermat dan teratur. Beliau juga mengamalkan kosep kesihatan tinggi yang mana tong untuk melupuskan sampah tisu, kapas, jarum atau pisau pun menggunakan tong bio hazard. Bayangkan bagaimana beliau mengamalkan konsep hygiene  yang sistematik.

Bayaran pun kelihatan agak berpatutan sebab bukan aku yang bayar, aku tak nak mencuba berurut disini kerana kalau aku dah cuba, aku pasti mesti aku nak datang laginya, siapa nak jawab?...ha ha ha..   Kedai beliau tidaklah sebesar mana pun tapi bila kita masuk, dengan dekorasinya serta bauan aroma terapi nya aje dah buat kita hilang stress, itu belum lagi merasa urutannya, mahu tertidur sampai malam. 

Kalau nak cuba, dipersilakan tapi kalau tak serasi dengan tuan-tuan bila kali pertama mencuba, janganlah saya dimarahi, saya hanya mempromosikan kedai beliau, tak ambik pun sebarang komisen, anggaplah sebagai sedekah tuan-tuan, tuan-tuan pun bolehlah berubah ke tempat lain dan andaikata kalau tuan-tuan serasi atau pun ngam disini, panjang-panjangkanlah kat kawan-kawan tuan-tuan, tak salah menyampaikan benda yang baik tapi kalau dah balik kerumah dan isteri tuan-tuan marah-marah.........Ado den kisah!!!!

Tuan kedai, Saudara Udden ditengah-tengah, Tuan Haji Sahan disebelah kanan dan Tuan Penasihat 25% disebelah kiri....ha ha ha..


...

Monday, January 10, 2011

Steamboat House, Senawang Taipan

Fenomena makanan steamboat kini mula melanda negara kita, dah 2 hari aku tengok dalam suratkhabar tentang Restoran Steamboat ni, satu di Kajang / Bangi dan satu lagi di Ipoh. Dah tentulah halal kalau tak, tak masuk  suratkhabarlah. Aku dah kenal dengan makanan steamboat ni lama dah, masa menetap di Kuala Lumpur lagi. Aku dan adik beradik aku suka menikmati makanan steamboat ni di Restoran Nelayan, Tasik Titiwangsa, kami pergi bila nak sambut birthday adik beradik atau orang tua kami tapi bergilirlah, kadang-kadang tukar restoran dan makanan lain, kalau tak boleh naik jemulah tekak.

Bila berpindah ke Seremban pulak, aku tukar Restoran Steamboat lain, kali ni nama sama tapi lain owner, Restoran Nelayan , Bangi. Restoran ni terletak di hadapan Maktab Perguruan Islam. Aku perasan restoran ni pasal selalu ulang-alik Seremban - Putrajaya ketika itu. Kat Tasik Titiwangsa dah tak pergi, jauh nau. Baru-baru ni aku ada lalu kat Restoran Nelayan Bangi ni tapi dah tutup dan restoran tu pun dah dirobohkan untuk memberi jalan untuk satu lagi projek oleh kerajaan Barisan Nasioanal..ha ha ha...


Dan baru-baru ni aku diperkenalkan dengan Restoran Steamboat House, Senawang. Semasa aku belum berpindah ke Melaka 3 tahun lepas, restoran ni belum ada lagi jadi bila mula-mula nampak restoran ni, aku terkejut skit. Setting dalam restoran ni menarik juga, kemas dan tersusun, nampak elegance dan sesuai untuk semua jenis pengunjung, baik keluarga, korporat mahupun pakwea makwe..ha ha ha



Papantanda terendah pernah aku nampak. Ni bukan paras eyeview, paras lututview...

Ada banyak pilihan makanan steamboat kat sini, termasuklah sos pencicah yang banyak, pendek kata apa yang kita hendak, insyallah semua ada. Antara nak makan yang mana dulu aje terpaksa kita pilih. Kuah rebusan dia ada 2 jenis, sup ayam ataupun tomyam. Udang pulak banyak, petik kata kebak sosej jumpa udang ajelah, kecuali kebak udang tak jumpa sosej pasal penuh satu mangkuk isi dengan udang aje...ha ha ha..

Kuah cicah dan sos yang pelbagai.
Selalunya menu steamboat konsepnya direbus sebelum disantap, tapi disini ianya juga boleh dipanggang sekali. Aku pernah jumpa konsep ni semasa cuti-cuti ke Johor tahun lepas. Diperkenalkan oleh En Salim, orang kuat Felda di Pasir Gudang. Ceritanya ada dalam blog aku ni juga, semak bawah tajuk Rawa Steamboat. Kalau kemari jangan lupa pekena aiskrimnya sekali, 3 in 1 taruh coklat rice 1 kilo, pasti giloooo.


Udang berderet tuuuuuuuuuuuuuuuuuu...cuma tak melompat aje..uhukss
Kalau berhajat nak kemari terutama yang mengikuti leburaya PLUS, sila exit di Tol Senawang. Jalan terus "go straight and don't belok belok" sehingga trafic light yang ke 6 baru belok ke kanan, mestilah melepasi pasaraya Giant disebelah kanan termasuk McDonald juga disebelah kanan. Bila keluar tol tu terus menghala ke arah Kuala Pilah. Restoran tu terletak disebelah kanan, bersebelahan EON bank, kat tepi jalan aje, boleh nampak bila sampai kat trafic light ke 6 tu. Kalau sesat juga....ado den kisah......ahakss



Deretan sayur dan ball's....fish ball, sotong ball, prawn ball.......mesti wife aku like dan aku......... like juga.......yehaaaaa


Sunday, January 9, 2011

Cerita 1001 Malam....Versi Aku...

Siapa sangka berbekalkan RM10 yang aku i.o.u dari wife petang semalam, aku boleh berjalan jauh dalam satu hari...ha ha ha.... Dah lama aku tak buat kerja gila macam ni dan malam tadi penyakit tu datang melanda tanpa aku duga-duga. Memang pembawa virus ni orang yang aku tak sangka-sangka selain dari tu ianya merupakan virus berganda dengan mangsanya bertambah mengikut lokasi.

Mula-mula dapat sms dari fendi, beliau ajak turun Senawang, beliau sediakan kereta berNGV beliau untuk tujuan itu. Aku reply balik, aku nak ikuttttttt...ahakss. Bila aku call nak setkan tempat untuk berkumpul tiba-tiba Celcom bagitau kredit aku tak cukup, tinggal 2 sen aje. Aku panik sekejap, bila check no hp fendi, dia pakai 019, selamat aku, aku boleh sms aje dia, baru kena 1 sen. Aku suruh dia call aku balik.

Bila dia call, dia suruh datang rumah dia aje, parking banyak, walaupun porch rumah dia dah penuh, porch depan rumah dia boleh parking lagi 64 nazaria lah. Cantik!!! aku on the way balas aku. Kitaorg bergerak ke Taipan , Senawang dalam pukul 9.05 mlm. Sampai Senawang aku tengok jam dekat pukul 9.45, masa terlama yang diambil oleh fendi untuk sampai, sampaikan aku ngan ustaz dah habis idea nak berbual lagi, kat 5 minit jugalah kiatorg tengok bumbung keta dia yang takde sunroof tu, lagi satu kereta dia beli mahal tapi salesman lupa nak letak radio agaknya.Tu yang sunyi yoooo.

 Kitaorang pekena steamboat aje, tq kat zaha dan mija yang belanja kitaorang, din bugis pun ada dengan family dia, dia tunggu member dia shamsul yang akan join steamboat sekali. Merlin sepatutnya dah sampai dari tadi tapi beliau lewat skit, agaknya dia g tutup pintu kandang lembu dia dulu tak. Masa makan tak banyak yang dibualkan tapi kira kenyang jugalah, kalau tak takan kedai dah tutup lampu tapi kitaorang duk sibuk mencekik lagi...ha ha ha...

Ada ke budak pelayan tu suruh kitaorang duduk satu table pasal tong gas dia dah habis. Mija marah betul pasal aku rasa dia takut kitaorang suruh dia bukak tong NGV dia pasang kat situ kot...ha ha ha...


Habis makan dalam pukul 12.30 mlm, aku ingat ustaz dah nak balik tapi dia sibuk suruh merlin cari port untuk karaoke. Mmmmmmmm, aku ingat tak dapat kot pasal sabtu malam minggu sure mesti penuhnya tempat-tempat macam tu. Mija dan Din bugis kena beransur pasal diaorang bawa family, yang tinggal aku, ustaz, fendi, merlin, shamsul dan zaha. Merlin cakap kat seberang jalan ada port karaoke maka kitaorang pun beransur ke sana. Naik 3 kereta, kereta fendi last, standard driver NGV memang ada slow sikit...ha ha ha..  Sampai kat sana merlin cakap, karaoke tu dah nak tutup, dia bagi nyanyi 7 lagu aje, kitaorang berenam, takan ustaz nak nyanyi lebih satu lagu aje, dah tentu dia nak nyanyi 7 7 lagu tu. Mmmmm, kalau dia aje yang nyanyi, kitaorang lak tumpang tengok..apa barang!!!!. Kansel, no karaoke tonite. Aku dah lega, pasni mesti bersurainya dan aku dah syok, boleh balik Melaka dah, dah pukul 1 tu.

Ustaz cakap kita pergi port lain, ajak zaha naik kereta dulu, dalam kereta kita bagitau dia mana port kita nak pergi. Hampeh ustaz, nak berjalan lagi tu, aku dah ngantuk ni. Bila semua orang dah naik kereta, Fendi kunci aje pintu kereta terus dia cakap, ustaz suruh pergi Danau Kota. Zaha dah terjebak, shamsul dah sengih, merlin tersenyum kelat dan kening ustaz terangkat...ushhh, pukul berapa lah nak balik ni, getus aku dalam hati perlahan-lahan  seperlahannya fendi memandu menuju ke arah Kuala Lumpur.





Gambar inilah menyelamatkan aku dari kena marah dengan wife, "abang tak nak ikut, ustaz yang ajak" padahal walaupun aku beria-ia menolak dan mengomel dalam kereta tadi tapi hati aku marah pasal fendi drive slow sangat, bila nak sampai kat tempat happening ni?..ahakss 

Kat sini aku belajar banyak perkara tentang urut terutama urut kaki, sebenarnya nak ambik gambar happening kat bawah dia, masa tekan kamera hp tu tiba-tiba terdongak lak. Aku terperanjat dengar zaha cakap urut 17 hengget aje...errrr esok aku datang sendirilah...ha ha ha...cabuttttttttttt   

Tuesday, January 4, 2011

Replika Istana Raja Melewar, Astana Raja, Negeri Sembilan.

Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan, bagi aku lak, jauh perjalanan makin sengkek lak aku, mana taknya, nak ambik kira juga perbelanjaan Petrol, Tol – kalau masuk Highway PLUS lah, sarapan, makan tengahari, makan malam, penginapan di Hotel, contoh kalau perjalanan jauh sampai ke Utara, takan nak balik hari lak, mahu patah spring kereta dan silap-silap dengan spring driver pun boleh patah.

Kali ni aku nak bawa jalan dekat-dekat aje, semalam sewaktu dalam perjalanan menghantar anak bujang aku masuk asrama di Sek Men Dato Abdullah, Astana Raja, Rembau Negeri Sembilan, aku lalu Sg Udang, Ramuan China Besar, Lubuk Cina dan melewati Jeti Shahbandar Linggi . Sebelum sampai ke pekan koboi Astana Raja terdapat satu Replika Istana Raja Melewar disebelah kiri. Kira tak jauh jugalah dari sekolah anak aku tu. Entah kenapa aku boleh tak perasan lak istana ni. Dah 2 tahun anak aku bersekolah kat sini, nak masuk tahun ke 3 dah baru aku perasan kewujudannya.

Sempat juga ambik gambar pakai kamera cap ayam aku tu, nak pakai kamera DSLR tak mampu lagi, lagipun DSLR ni untuk orang yang sabar dan teliti aje, aku yang jenis “quick one” ni, takyahlah beli..ha ha ha.. Aku tak sempat nak ronda-ronda kat dalam istana ni pasal nak cepat hantar anak aku, kang takut ramai orang lak waktu daftar, takut lambat lak aku nak balik ke Melaka semula. Replika istana ni diselia oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan, ada pak guard jaga. Nampak ruang utama Istana dibuka cuma pejabat penerangan aje tutup. Sebab aku tak singgah lama maka aku tak tengoklah secara mendalam semua poster atau notis yang ada ditampal kat papan kenyataan pejabat penerangan tu. Insyallah lain kali kalau aku singgah lagi, aku cuba tengok secara detail. Mana tahu ada benda-benda menarik yang boleh difollow up. Dekat perjalanan, jimat perbelanjaan…..Ahakss.






...

Monday, January 3, 2011

3hb Januari 1983 Tarikh Keramat

Tarikh apa yang selalu kita ingat? Ada orang akan ingat semua tarikh-tarikh penting dalam hidup mereka, ada yang ingat tarikh kahwin aje, tarikh bertunang (cam bini aku ler), tarikh lahir bini, tarikh lahir anak-anak, tarikh kena ragut, tarikh masuk kerja kat office bapak, tarikh kena buang kerja, tarikh kena kencing dengan kawan-kawan, termasuk lah tarikh nikah lagi satu...ahaks ahakss

Bagi aku, tarikh 3hb Januari 1983 paling aku ingat sekali, walaupun dah 28 tahun aku tinggalkan tarikh tersebut tapi semangat es spirit de corp yang lahir bermula dari tarikh keramat tu membuatkan aku tak boleh lupa sampai bila-bila. Aku dan 114 orang lagi anak muda dari seluruh negara mula melaporkan diri ke cawangan putera, Maktab Tentera DiRaja yang terletak di Kem Sg Besi, Kuala Lumpur. Bermula tarikh itulah aku bertempur dengan realiti dunia nyata. Yang gagah dan bersemangat waja aje yang mampu mengharungi liku-liku kehidupan disitu. Dari 115 orang yang terpilih dari ribuan anak muda yang memohon ke situ pada 3 Jan 1983, hanya aku dan 106 orang sahaja yang dirahmati untuk menamatkan latihan pada 12 Disember 1987.  Selama 5 tahun disitu, aku pelajari pelbagai cabang ilmu, ilmu ketenteraan, ilmu agama, ilmu hakikat, ilmu kehidupan dan paling berharga adalah ilmu persaudaraan.

Kita tak mungkin tidur sebantal dengan adik beradik kita, kita tak mungkin makan sepinggan dengan adik beradik kita, kita tak mungkin berpeluh menahan tekanan dan cabaran bersama-sama adik beradik kita malah kita tak berpeluang bermandikan air peluh sahabat-sahabat kita bila "sideroll" satu bilik, bila "crawling" bawah capoi, ada juga merasa sumpah seranah tika menjunjung putung rokok sebatang beramai-ramai malah lagi teruk kita tak mampu berkongsi kesakitan dengan adik beradik kita sama seperti yang dirasai oleh sahabat yang terkulai pada 1 ramadan tahun 1983 itu. Nostalgia yang tak mungkin nak diputarkan masanya untuk kembali tapi nostalgia yang terpahat bangga bahawa aku dan komrade pernah lalui.

Membujur lalu melintang patah, takan goyah semangat dan arah ku. Setitis peluh yang mengalir tak ternilai kudrat yang berjuang di perbatasan. Aku menjadi dewasa bermula 3 Jan itu dan sehingga kini, keakraban ku berdiri teguh bersama-sama sahabat dan komrade ku, bersama-sama mereka kami beratur ala masuk darjah satu dipermulaan dan bersama-sama mereka kami melangkah terakhir meninggalkan padang kawad Maktab Tentera DiRaja dengan langkah seiring, derap sekata dan lenggang separas....."bertemu dan berpisah adalah adat biasa, jauh dimata tapi dihati tidak lupa...".  Ambilan 83-87 bergempita 3 Januari 1983 dan 4th Thoroughbred bergegar pada tarikh keramat....Gempur Wira!!! Gempur Wira!!! Gempur Wira!!!..



Selamat Ulang Tahun Bekas Putera Ambilan 83-87.