Tuesday, December 21, 2010

Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Melaka



Kalau melancong ke Negeri Melaka, selain dari mengunjungi tempat-tempat bersejarah, pusat kraftangan ataupun mencuba pelbagai kemudahan lain seperti menaiki Menara Taming Sari atau menyusuri sungai menggunakan perkhidmatan “RiverCruise” adalah tidak sah kalau kita tidak menikmati masakan yang sedap-sedap.. Kalau disebelah malam, lauk utama selalunya masakan asam pedas tapi kalau disiang harinya pula, walaupun kita masih boleh makan masakan asam pedas, kita juga boleh mencuba pelbagai juadah masakan yang lain juga dan kali ini saya nak promosikan Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Bandar Hilir, Melaka.

Lokasi restoran ini terletak berhadapan dengan Medan Selera Bandar Hilir, ianya beroperasi dibangunan kedai 4 tingkat. Bumbung tepinya dihias dengan atap rumbia bagi menampakkan kelainan selain menimbulkan suasana aura rumah melayu melaka. Jikalau kita datang dari arah Bandar Melaka, pastikan selepas melepasi Menara Taming Sari disebelah kiri,  belok ke kanan sebelum Mahkota Parade. Kedai ini dibelakang deretan kedai yang  menghadap jalan utama. Kawasan ni mempunyai banyak tempat letak kereta cuma kerana kedudukannya yang betul-betul berada di kawasan nadi Bandar hilir itu sendiri, meletakkan kereta memerlukan kecekapan dan kesabaran yang tinggi. Bagi saya tak salah kita menunggu lama kerana hasilnya pasti lumayan…ahakss

Kalau ke mari, saya akan meminta masakan yang saya sukai seperti ayam goreng kampong, perut masak lemak rebung, ikan cencaru bakar, udang harimau masak lemak, ulam-ulaman dan sambal tempoyaknya. Pencuci mulut lak ada caramel. Tak semua makanan ni saya order serentak, kadang-kadang kena pilih juga tapi yang pasti masakan yang disediakan memang sedap, ada beberapa rakan dan keluarga yang pernah saya bawa kemari memuji kesedapannya, kalau nak beli jiwa mak mertua masa ni, bawalah kemari…ha ha ha…   

Dibuka dari pagi hinggalah ke petang dan malam ianya tidak beroperasi walaupun papantandanya tertera 24 jam. Dah tanya taukehnya, kata beliau malam kurang sambutan maka beliau buka waktu siang ajelah.

Kalau roboh kota melaka,
Papan dijawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Mailah datang makan……….….ahakss


...

2 comments: