Saturday, December 4, 2010

Kek Edible Image Buat Semua

Masa pertama kali aku lihat kek jenis ni adalah masa Iftar Batch 83-87 kat rumah op Rais di Rawang. Dibawa oleh op Hj Razuan Sahan, aku tertarik dengan kelainan ni maksud aku dari setting aising yang biasa-biasa dulu, kita boleh tukar letak gambar kita pastu boleh makan sekali gambar-gambar tu. Bila tanya beliau , dia tak nak release harganya, mungkin niat beliau menaja tanpa letak harga. Aku ingat aku sorang aje suka kek ni, syima pun suka juga. Masa lepak rumah hj sahan lepas iftar, syima ada tanya ina, wife sahan, beliau memang pandai buat kek, cup cake dan pelbagai jugalah, maka maklumat yang diterima adalah kena surf internet, kek tersebut beliau order kat leaoven.

Mulanya memang tanya-tanya aje tanpa niat nak berbuat apa-apa, bila syima berkumpul adik-beradik dan merangka nak sambut birthday ibu dewi maka dalam kepala dia dah teringat nak buat kek jenis edible image ni. Asalnya nak order kat leaoven juga macam ina buat, satu ketika tu sampai dah bincang-bincang nak collect sendiri bila order, maknanya kena drive dari Melaka ke KL untuk ambik kek pastu patah balik ke Tiara Beach Resort PD. Kerja gila weeeeiiii.

Satu hari tu entah macamana aku tercari kat google spare part keta, bila dah jumpa barang yang aku nak cari, aku tekan lak Edible Cake...tup tup keluar semua yang berkaitan, scroll perlahan-perlahan akhirnya jumpa ISZA CAKEHOUSE, alamat dia macam dekat aje dengan rumah aku, dari aku pergi jauh-jauh sampai KL baik aku cari sekitar Melaka. Mungkin niat dan doa orang baik-baik maka aku suami isteri telah dipermudahkan urusan tempah kek ni dan sekarang kek tu dah pun ada dalam peti ais rumah aku, sebentar lagi nak bawa pergi ke PD lak, sempena family day wan wan wiwi. Cantik memang cantik, tak sangka memang menarik, dengan design bunga setiap penjuru, aku rasa mercik gila...ahakss




Apa-apa hal pun, kita tengok respons adik-adik ipar aku lak lepas ni, kalau ok, aku boleh tolong promotekan lagi isza cakehouse ni, kalau nak order check url ni http://www.iszahomebakery.blogspot.com/ dan kalau diaorg kata tak ok.......ado den kisah!!!....ha ha ha...


.

No comments:

Post a Comment