Saturday, December 11, 2010

Band Of Brother's - Sempena OPA Day 2010

Bila membelek album gambar satu persatu malam tadi, ada dua gambar yang menarik tumpuan dan gambar yang dimaksudkan adalah gambar yang tertera dibawah ini. Kata orang gambar mempamerkan seribu cerita, dan gambar yang pertama diambil pada tahun 1986 ketika menjalani latihan hujung tahunan bertempat di Teluk Mahkota, Kuala Sedili, Johor. Banyak kenangan manis dan pahit dialami ketika disini, dari cerita magazine M16 hilang ketika mula sampai kesini hinggalah terpaksa berendam didalam lumpur angkara arahan jurulatih yang tidak dipatuhi. Nostalgia memang nostalgia dan sekiranya mahu diulang, saya mengangkat kedua-dua tangan, azabnya masih berbahang dalam diri, cukuplah ianya terjadi sekali dan saat itu, ketika itu, ianya mematangkan setiap insan yang bergelar 4th Thoroughbred batch 83-87. Ketika disini juga semangat setiakawan terpupuk lebih erat, banyak lagi latihan-latihan lain yang kami jalani, bermandi peluh yang masam dan kelat sepanjang masa, sesat dengan kompas dan peta bersaiz A1 ditangan jangan kata, belum lagi part "sarkon" apa yang terhidang didepan mata bila compass marching, segala mak datuk kebun baik kebun belimbing, kebun nenas muda, kebun pisang malah kebun tebu pun boleh jadi padang jarak padang terkukur bila garuda batch 83-87 melintas. Paling tak lupa bila teringatkan seorang sahabat sedang buat clearing laluan, track hutan dan lalang yang ada taklah setebal mana, dengan bandana atas kepala, baju dibelit celah pinggang, beliau mula menebas dan menarah semak, tak sampai 8 tapak beliau menjerit "medic, medic", cemas kami seketika, M16 dah kami cekah takut ada binatang buas, bila medic kehadapan, dilihatnya mata parang sahabat tadi terbenam kat kepala lututnya, apa lagi kami bantai gelak berguling-guling lah, inilah peristiwa yang paling lucu, sahabat tadi masih hidup dan nasib baik lukanya tidak dalam, gaya rambo bila bertindak...berterabur...ha ha ha..

Ada yang kena tanam dalam pasir paras leher pasal magazine tertinggal dalam train, ada yang kena tolak dalam air masa naik bot rintis serang dan paling best bila malam unggun api, makan bbq masa dulu-dulu tak sama macam zaman sekarang, sekarang mewah dan mudah, dulu kena ada budget jeneral baru boleh rasa kambing panggang golek kalau tak, makan chicken wing ngan sosej ajelah. Tapi kalau dah boy namanya, bubuh apa sajalah atas meja gerenti tak membazirnya..ahakss



L-R Atas : Op Zaidi aka king, Op Capt Zaidi aka ben (AA), Op Capt Sazali aka bapak, Op Arwah Rosmady, Op Hj Razuan aka sahan, Op Norhisham aka capang, Op Mej Azela aka kayu, Op Fairuz aka chret, Op Capt U Hazani (MHS), Op Mej Azizan, Op Tan Tze En, Op Capt Sazali aka tangke, Op Ir Hazwan (PJH), Op Sharol aka shawei (1MDB), Op Capt Hugh (SIA), Op Lt Kol Arman aka penyu, Op Calvin Khoo aka pekcoo, Op Azman aka man dengkil.

L-R Bawah : Op Shahrul aka jepun, Op Rizal Abbas aka abel, Op Hoezei aka wahab, Op Bakhtiar, Op Lt Kol Feizol aka boya, Op Khasiri, Op Arwah Iskandar Sabki, Op Capt Razman aka mantart (MAS), Op Vide, Op Amirul aka cikgu, Op Mej Azaman aka tarjon, Op Mej Helmi aka wak, Op Hj Rais aka aji rock, Op Faezal aka bayang, Op Fauzi aka onn, Op Dolhatta, Op Osmera aka jai, Op Ir Zuraini aka chunie, Op Rizal aka Namay, Op Fauzi aka pardi, Op Rizal aka kadiaq, Op Hj Mazli aka bzzk, Op Lt Kol U Mior, Op Rohaizad aka chot, Op Aldrian aka apai, Op Redza aka mat gan.  



  Menjalani latihan semboyan memang best, masa tu kami kira kuno skit part ni, ada sahabat yang mahir tentang alat komunikasi ni suka buat cerita macam-macam, dia goreng kaw-kaw siap cakap kalau contact dari Sg Besi, anggota tentera kat sempadan siam boleh dapat dengar, kami percaya cakap beliau pasal kami pun tak tahu pada awalnya. Bila dah masuk kelas dan tanya jurulatih macam-macam maka jawab jurulatih, kalau nak panggil jauh macam kat siam atau Thailand, pakai aje telefon buat apa pakai radio set, pemancarnya bukan jauh. Mulai hari tu aku dah tak percaya dengan mamat ni tapi bukan aku saja, majoriti batch aku pun sama dan ianya masih berterusan sehingga kini tapi bab hp, bulan ni contact dapat, lagi 2 bulan contact, no hp dia dah tukar...grrrr geramnya den....



L-R Atas : Op Sheikh aka bob deng deng, Op Tan Tze En, Op Khasiri, Op Aripin aka ayom, Op Capt Sazali aka tangke, Op Rizal aka namay, Op Azlin aka mangreng, Op Mej U Nazhar aka boyan, Op Mej Shamsul aka wak karman, Op Zaidi aka king, Op Kelvin aka bongol, Op Arwah Sharizal, Op Fauzy aka anjang, Op Rustardza aka reo, Op Rais aka aji rock, Op Zul aka lembik, Op Hoezei aka wahab, Op Tengku Ikram.

L-R Bawah : Op Rizal Abbas aka abel, Op Bakhtiar, Op Sazali aka jalut, Op Rozaimee aka baah, Op Lt Kol Azril aka bam, Op Khairul aka davidsoul, Op Mej U Ezal, Op Dolhatta, Op Mej Zamri & Op Capt Sharman (SIA)



Walaupun apa pun yang terjadi, dengan perangai yang mereka pamerkan, sikap yang pelbagai dan bermacam-macam ragam, depa tetap sahabat satu batch, kami dilatih dari 1983 hingga 1987, susah senang bersama-sama malah kena hell pun sama-sama seperti tragedi 1 ramadhan, walaupun bersama hanya setakat 5 tahun tapi semangat batch itu akan sentiasa terpupuk untuk 5 juta tahun lagi. Keringat kita yang mengalir dibumi MTD adalah keringat anak muda yang dipertemukan kali pertama tanpa tahu apa-apa dan bila didedahkan dengan jiwa dan raga perwira bangsa. Kami berikrar membujur lalu, melintang patah, pantang berundur, menyerah kalah, semangat waja mencengkam didada, semangat RMC ku julang sentiasa. Berkhidmat, memimpin...


...

No comments:

Post a Comment