Tuesday, November 30, 2010

Salam perkenalan di alam siber...

Atas Feri menuju ke Pulau Langkawi.



Salam perkenalan buat semua, pertama kali menulis di blog sendiri terasa macam student baru nak masuk kelas pemulihan aje, tak tahu nak bawa pembaris atau tidak dan yang paling penting tak tahu bila kelas nak habis, tak sabar nak pergi makan...he he he....

Dah lama dalam hati nak menulis blog tapi tak berani nak mencuba, bila usia dah menginjak 40an ni barulah keberanian untuk explore alam siber meluap-luap dan inilah hasilnya. Umpama bayi yang baru mula bertatih, masih banyak yang perlu diupgradekan dalam blog ini namun saya percaya itu semua boleh dilakukan perlahan-lahan. Bukan luaran yang jadi ukuran tapi apa yang tersirat untuk dikongsikan bersama. Terlebih dahulu mohon ribuan ampun dan maaf sekiranya ada insan atau pihak yang bakal terasa dengan karya yang bakal tercipta, baik yang masih hidup mahupun yang bakal pergi.

Saya insan biasa, manusia yang kadang-kadang penuh dengan kekhilafan, yang penting saya tulus lagi mulus, bukan mencari dendam atau amarah yang berapi. Fikir-fikirkanlah, saya manusia yang cintakan kedamaian dan keharmonian. Saya cintakan keamanan dan saya juga cintakan isteri saya, anak-anak, banglo dan juga porshe idaman...uhuks uhuksss

Selamat membaca dengan apa yang bakal saya utarakan dan yang paling penting, setiap komen dan teguran anda akan dilayan seadil-adilnya, sama rata, sama taraf, sama level sepertimana yang tertera pada tajuk utama blog ini .....Ado Den Kisah!!!

.