Monday, December 27, 2010

Mee Jawa Tulang, Seremban

Gerai Mee Jawa Mak Siti ada dua, satu di Cawangan Temiang dan satu lagi di Cawangan Medan Selera Jalan Penghulu Cantik, Seremban. Jangan terperanjat, pemiliknya juga ada 2 cawangan...ahakss

Bila tidak bekerja pada hari minggu, selalunya saya akan keluar bersarapan diluar, tak kiralah dengan siapa, kadang-kadang keluar dengan Geng ahli mesyuarat tingkap Taman Seri Telawi, kadang-kadang keluar dengan keluarga dan adakalanya keluar sendiri-sendiri. Bila keluar bersarapan, saya akan cari salah satu gerai dari dua tempat "marvelous" untuk bersarapan sama ada di Medan Selera Jalan Penghulu Cantik ataupun Gerai Bawah Lenggor Hospital Dekat Landasan Keretapi  Seremban. Kat Gerai bawah lenggor ni keistimewaannya adalah mee kari dan nasi lemak bersama ayam goreng power. Tapi kali ini saya nak bawa selera ke Medan Selera Penghulu Cantik. Keistimewaannya disini adalah Mee Jawa Tulang, Mee Sup Tulang dan juga Nasi Lemak. Sedap atau tidak makanan disini?, jangan ditanya kerana kedai ini dibuka mulai jam 7.30 pagi dan menu diatas akan habis pada pukul 11 pagi lagi.


Mee Jawa Tulang Mak Siti (bukan mak siti nurhaliza)
Gambar Mee Jawa Tulang diambil sebelum dibedal..ehem..ehem..terliur tak?, cubalah rasanya sendiri kalau-kalau singgah ke Seremban, dibuka setiap pagi setiap hari kecuali pagi dibulan Ramadhan, kalau hendak kemari, ikutlah sama ada melalui jalan kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan atau melalui jalan Seremban Kuala Pilah. Terletak kira-kira 8 minit dari pusat bandar dan berdekatan Hotel Klana Resort. Sama ada anda datang seorang atau berdua, orderlah ikut suka, yang pasti anda akan kenyang sesaja...ahakss


...

Thursday, December 23, 2010

Sister Popiah, Alamanda, Putrajaya

Sebelum berpindah ke Melaka dari Seremban, ketika itu aku kerja dengan Putrajaya Acres Sdn Bhd berpejabat di Pintu Satu, Putrajaya. Dan sebelum syarikat tu berpindah ke Taman Sg Besi Indah, Seri Kembangan, Alamanda adalah merupakan salah satu kawasan jajahan taklukan ku yang tidak rasmi, jajahan-jajahan lain adalah seperti Kedai Mamak Precint 9, The Mines Shopping Complex, Carefour Seri Petaling, Klinik Segara dan perbagai lagi, susah nak ingat sekarang pasal banyak dah aku serahkan pentadbirannya pada kerajaan majapahit yang lain..ha ha ha..

Adalah satu kemestian untuk aku lepak kat sini time lunch ataupun time yang aku suka, selalunya tak lama, makan 2 3 jam jugalah. Memandangkan tugasan rasmi aku banyak berlegar disekitar Jabatan Imigresen, Pusat Khidmat kontraktor, Kementerian Kewangan dan Putrajaya Holding kat Boulevard Putrajaya. Aku juga selalu berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan dan Kementerian Sumber Manusia di Parcel D maka ruang untuk mencilok amatlah besar ketika itu. Sebab dekat pun ia juga.

Bila dah lepak lama kat Alamanda, selalunya aku akan order popiah ranggup ni. Tak mahal, 2 ketul baru RM5.50 dan paling terbaru aku makan masa lepas menghadiri Majlis Tahlil rumah Op Cret minggu sudah. Kalau 2 ketul ni dah boleh buat aku kenyang maknanya popiah ni besar ler, tu sebab harga dia ada mahal skit. Ianya akan rasa ranggup kalau kita makan kat situ, bila tapau bawak balik, dah tak sedap skit mungkin pasal ranggup dia dah lemau kot, syima pun cakap macam tu. Ianya ada beberapa aksesori untuk ditambah kalau kita nak kan kelainan, selalunya aku order yang biasa-biasa aje, kalau nak upgrade bolehlah order dibubuh cheese ataupun dibalut dengan telur. Ikut selera masing-masing.



Sister Crispy Popiah

Ranggup dan menyelerakan, enak makan disitu bukan di tapau...ahakss

Kalau ke mari, adalah tidak sah kalau aku tak order, bak kata orang macam tak lengkap kunjungan kita kalau tak pekena. Lagi satu pasal aku suka tengok pelayan dia, tak sombong dan tak berlagak seolah-olah memahami naluri setiap pengunjung. Sampai aku pun tak tahu nak panggil dia apa, kakak atau abang?....


...

Wednesday, December 22, 2010

OPA Day 1997

Masa ni nak pergi menembak Pistol HKP9S kat lapangsasar belakang tempat merempuh halangan 6 kaki, sekarang dah jadi kuarters kediaman staff UPNM. Dokong anak pertama Muhammad Syafiq, tak sampai setahun rasanya umur dia.

Masa zaman-zaman awal menembak during OPA Day, kita pakai pistol aje pastu time change people change, tukar ke M16 sampai kini. Ada sekali MTD ubah pakai Styer, bila ada ramai op komplen pasal zeroing dia banyak ke tebing, aku suruh Pegawai Tapak Tembak tukar ke M16, depa pun tukar, ha ha ha... boleh pakai lagi pangkat aku time tu, ingat dah expired...ahakss 

Depan pavilion, dulu pameran senjata, artileri dan kemudahan klinik pergigian bergerak banyak bersusun kat sini, kira gempak jugalah kalau family atau sedara mara mai tapi lah ni yang bersusun adalah khemah jualan makanan. Kalau ada pun sebijik Land Rover, itu pun yang digunakan MP buat hantar makanan ke khemah VIP ditengah padang...ha ha ha..

Kalau drive benda ni kat tengah  bandar Melaka , mesti glamour aku. Depan aku si salihin, anak kakngah, sekarang baru habis SPM, orang dia tinggi dan handsome, muka pun ada iras-iras Leslie Cheung, dulu cam anak cina jual belimbing kat balakong aje...errrr...cabuttttttttttttttttttt

Syimaku sayang, isteri tercinta di tahun 1997 , saja aku scan sekerat aje kaki dia, kalau tak selipar jepun pun keluar, dressing masa tu simple aje, tak glamour mahupun menonjol, kira low profile lah, sekarang jangan tak tahu, beza memang banyak berbeza, masa yang berubah turut merubah gaya dan cara manusia. Apa-apapun aku bersyukur dapat isteri yang begitu memahami, masa dulu mana aku pergi dia nak ikut, sekarang dah tak lagi, beliau lebih suka duduk kat rumah jaga anak-anak aje tapi ada kawan aku 2 orang kat D coy lagi best, sampai sekarang bini diaorg sanggup ikut mana diaorg pergi, bukan ikut pasal sayang tapi ikut tak percayakan suami..ha ha ha........errr ....cabuttttttttttttt ..ehhh Ado Den Kisah!...ahakss





...

Tuesday, December 21, 2010

Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Melaka



Kalau melancong ke Negeri Melaka, selain dari mengunjungi tempat-tempat bersejarah, pusat kraftangan ataupun mencuba pelbagai kemudahan lain seperti menaiki Menara Taming Sari atau menyusuri sungai menggunakan perkhidmatan “RiverCruise” adalah tidak sah kalau kita tidak menikmati masakan yang sedap-sedap.. Kalau disebelah malam, lauk utama selalunya masakan asam pedas tapi kalau disiang harinya pula, walaupun kita masih boleh makan masakan asam pedas, kita juga boleh mencuba pelbagai juadah masakan yang lain juga dan kali ini saya nak promosikan Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Bandar Hilir, Melaka.

Lokasi restoran ini terletak berhadapan dengan Medan Selera Bandar Hilir, ianya beroperasi dibangunan kedai 4 tingkat. Bumbung tepinya dihias dengan atap rumbia bagi menampakkan kelainan selain menimbulkan suasana aura rumah melayu melaka. Jikalau kita datang dari arah Bandar Melaka, pastikan selepas melepasi Menara Taming Sari disebelah kiri,  belok ke kanan sebelum Mahkota Parade. Kedai ini dibelakang deretan kedai yang  menghadap jalan utama. Kawasan ni mempunyai banyak tempat letak kereta cuma kerana kedudukannya yang betul-betul berada di kawasan nadi Bandar hilir itu sendiri, meletakkan kereta memerlukan kecekapan dan kesabaran yang tinggi. Bagi saya tak salah kita menunggu lama kerana hasilnya pasti lumayan…ahakss

Kalau ke mari, saya akan meminta masakan yang saya sukai seperti ayam goreng kampong, perut masak lemak rebung, ikan cencaru bakar, udang harimau masak lemak, ulam-ulaman dan sambal tempoyaknya. Pencuci mulut lak ada caramel. Tak semua makanan ni saya order serentak, kadang-kadang kena pilih juga tapi yang pasti masakan yang disediakan memang sedap, ada beberapa rakan dan keluarga yang pernah saya bawa kemari memuji kesedapannya, kalau nak beli jiwa mak mertua masa ni, bawalah kemari…ha ha ha…   

Dibuka dari pagi hinggalah ke petang dan malam ianya tidak beroperasi walaupun papantandanya tertera 24 jam. Dah tanya taukehnya, kata beliau malam kurang sambutan maka beliau buka waktu siang ajelah.

Kalau roboh kota melaka,
Papan dijawa hamba dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Mailah datang makan……….….ahakss


...

Monday, December 20, 2010

Daging Tulang Merah, Johor Bahru

Ketika mengadakan Cuti-cuti Malaysia menjelajahi Negeri Johor pada 20 Mac 2010 yang lalu, kami sekeluarga berkesempatan merasa masakan istimewa yang terdapat di Negeri Johor antaranya udang lompat Seafood Rawa, daging tulang merah Bandar Baru Uda dan Siakap 3 Rasa Kg Pasir. Sebenarnya kunjungan ini adalah yang pertama aku lakukan sepenuhnya ke Negeri Johor kerana sebelum ini aku hanya singgah dibeberapa tempat sahaja seperti Pasir Gudang dan Pontian, itupun atas urusan kerja.

Kami menginap di Hotel Dorsett, Pasir Gudang. Waktu tu kami nak habiskan voucher penginapan yang syima dapat ketika join satu kelab percutian ala discount club, tempoh dia pun dah nak habis maka kami gunakannya cepat-cepat sebelum melepas. Tak banyak tempat-tempat menarik yang kami dapat pergi kerana aku selitkan sekali kunjungan kerumah sahabat-sahabat lama ketika di MTD antaranya rumah Op Man Burger C coy, di Taman Ungku Aminah dan Op Bob B coy, jumpa beliau pun di Danga Bay, beliau sibuk berlatih cycling dengan anak-anak beliau. Op Chot E coy ketika itu tak dapat nak ditemui kerana terlalu sibuk bekerja. Dan Op Helmi D coy lak sms maklumkan beliau perlu balik kampong segera.

Kami sempat melawat Dataran MBJB, Danga Bay, CIQ JB, Stulang Laut dan juga Istana Bukit Serene walau bagaimanapun tak berkesempatan untuk menemui Tengku Majid kerana beliau sibuk berurusan di Singapura padahal aku dah buat temujanji dengan dia seminggu awal, mungkin belum ada rezeki untuk aku berjumpa dengan dia dan dia lak rugi besar sebab tak dapat jumpa aku…ha ha ha…..ahakss

Aku diperkenalkan dengan makanan daging tulang merah ini oleh seorang kenalan dari Ria Family, sebuah kelab pemilik MPV Nazaria. Beliau merupakan salah seorang bos di Kilang Minyak Sawit milik Felda di Pasir Gudang. Nama beliau adalah En Salim tapi kalau dalam forum RF aka beliau adalah POLICE aka SARJAN aka KGB. Pilihlah mana-mana nama nak dipanggil pastinya aku panggil beliau Tuan Police aje. Ketika dibawa ke restoran ini beliau turut mengajak Penghulu RF Johor iaitu Tuan Dalyanum aka Din untuk menemani kami. Kami sekeluarga diraikan sebegitu rupa hingga aku segan kalau makan tak tambah-tambah.

Yang enaknya makanan ini rasanya memang macam stew, tulang yang punyai banyak daging selain berwarna merah dan kalau makan dicicah dengan roti nan, memang marvelous dan terangkat. Aku segan nak cakap berapa pinggan aku makan tapi lebih dari 1 lah..ha ha ha… Kedai dia sama macam kedai makan 24 jam yang ada kat PJ, Kepong ataupun Somban ala macam kodai mamaklah senang cerita. Daging tulang merah ni kira main menu atau menu istimewa dia. Sedap memang sedap, insyallah kalau aku berpeluang kesana lagi, menu ini akan aku cuba lagi. Lokasinya terletak di Bandar Baru Uda, nama kedai aku tak ingat dan kalau disuruh tunjukkan jalan memang aku tak akan ingat. Mana taknya sepanjang masa di guide oleh Tuan Police tadi, aku follow ajelah..ahakss

Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan begitu juga kalau banyak kawan, hidup pun tenang. Terima kasih tak terhingga pada En Salim yang telah sudi jadi guide dan juga banjer aku sepanjang masa begitu juga buat CP (call sign isteri dalam rf) beliau yang baik dan ramah serta anak-anak beliau yang ngam dengan anak-anak aku, tak lupa juga pada Tuan Penghulu RF Johor, Tuan Dalyanum sekeluarga yang sudi entertain kami 2 hari berturut-turut, sesungguhnya jasa baik tuan-tuan berdua tak mampu saya membalasnya. Semuga persaudaraan kita tidak terhenti disini. Bagi penggemar makanan, cubalah menikmati hidangan ini, insyallah anda tidak akan kerugian…..  


L-R : Aku, Tuan Police dan Tuan Dalyanum (Penghulu Rf Johor)

Keluarga kami

Daging tulang merah.....simple and sodap.

Syima makan..

Aku pun makan...dan makan...dan makan lagi...ha ha ha....sodap baiiiiiii...ahakss



...

Friday, December 17, 2010

Ikan Bakar, Melaka

Rasanya sebagai orang Melaka, bila ditanya oleh rakan-rakan atau sahabat dari luar tentang kedai Ikan Bakar yang terbaek dan terBEST di Melaka, aku akan menjawab semuanya sekali tapi dari segi harga, dekorasi kedai dan kualiti layanan, agak payah sikit nak jawab. Dilahirkan di Paya Rumput,Sg Udang, Melaka,  semasa kecil menetap di Kem Lok kawi, Sabah kemudian melanjutkan pengajian awal di Sek Ren Keb Jalan Padang Tembak 1, Mindef dan kemudian tamat latihan Di Maktab Tentera DiRaja, Kem Sg Besi, Kuala Lumpur menjadikan aku orang asing dibumi Melaka itu sendiri. Aku lebih familiar dengan Key Ell dari Bandar Hilir, lagi hafiz Central Market dari Melaka Sentral dan tak lupa arif berkaitan pengunjung Padang Kelab Selangor aka Dataran Merdeka dari Padang Pahlawan sendiri.

Siang tadi seorang kenalan dari CG forum menghantar sms bertanyakan nombor telefon kedai Ikan Bakar di Alai dan juga di Serkam Pantai. Beliau nak buat kunjungan ke kedai tersebut dalam minggu hadapan. Aku tak berupaya nak membekalkan no telefon tersebut kerana aku sendiri jarang makan ikan bakar kat luar kerana isteri ku pandai buat kuah cicahnya sendiri. Kami sekeluarga kadang-kadang mencampurkan menu ikan bakar dan bbq bila buat makan-makan. Anak-anak tak gemar sangat ikan maka kami tambah daging, ayam, ataupun sosej. Bukan berkira soal berbelanja  bila makan diluar tapi dek kerana isteriku mahir beli ikan dan aku mahir bakar ikan maka kami biasa D.I.Y sendirilah, save dan kenyang...ahakss

Untuk tidak menghampakan kenalan tersebut maka disini aku turunkan gambar kedai ikan bakar yang aku rasa ok lah kalau hendak dikunjungi berserta no telefon pemiliknya. Sekiranya ingin menjamu selera disini dalam bilangan yang ramai, eloklah buat tempahan terlebih dahulu, kena pulak time-time cuti sekolah begini, mesti ramai orang. Maaf kalau informasinya tidak lengkap atau tidak tepat, saya dah cuba yang sebaik boleh kerana informasi ini dikutip dalam satu hari malah dalam 2 jam aje, kalau saya ada masa 2 tahun, siap video saya sediakan..ha ha ha...  


Restoran Ikan Bakar Muara Anjong Batu. Hp 012-6115399 atau Kedai 06-2617570

Belakangnya laut dan ada dewan besar sekiranya pengunjung datang 3 bas rombongan.

Restoran ikan bakar muara anjung batu terletak berdekatan dengan jeti anjung batu. Lokasinya benar-benar berhampiran laut. Ianya juga mampu menampung ramai pengunjung. Tiada kedai lain berdekatan atau seperti gerai medan selera yang punyai banyak gerai. Selesa untuk rombongan yang besar ataupun keluarga yang mahukan privacy. Tempat letak kereta agak terhad.


Perkampungan Medan Ikan Bakar Terapung, Umbai. Hotline 012-2811211


Disini juga ada jambatan gantung dan menara tinjau arah laut untuk pengunjung bersiar-siar sebelum makan.

 Perkampungan Ikan Bakar Terapung ni mempunyai beberapa kedai yang ditempatkan dalam bangunan 2 tingkat, banyak pilihan kedai/gerai ikan bakar. Mempunyai tempat letak kenderaan yang banyak dan luas. Tak pasti tentang harga ataupun kedai yang sedap.



Medan Ikan Bakar Pernu - Umbai (Medan selera)

Tempat letak kereta disini ada pondok kutipan, maknanya  kena bayarlah, kedainya macam medan selera, memang medan selera pun, tak perlu buat tempahan cuma tak tahu kedai mana nak pilih, paling banyak kedai ikan bakar ditempatkan disini kerana ikan bakar diMelaka berasal usul disini semenjak dulu lagi. Kalau memandu kedalam sedikit, dihujungnya terdapat sebuah lagi kedai ikan bakar, Parameswara namanya.



Ikan Bakar Parameswara. Hp 012-3152301 atau Kedai 06-2865468.

Medan Ikan Bakar Alai - Gerai MBMBB. Gerai No 1 Ala Kassim. Hp 012-6119161.

Lokasinya terletak dalam kawasan perumahan, mempunyai beberapa gerai sederet. Dari maklumat kawan-kawan sekerja, harga ikan bakar disini lebih murah dari ditempat-tempat lain, berapa atau kenapa murah saya tak pasti. Kalau nak mencuba pastikan pilih kedai yang bersih, bukan apa takut sedap yang kita cari, sakit yang kita dapat. Parkingnya bertar dan percuma.


Medan Ikan Bakar Sg Punggor. Deli Mutiara. Hp 017-2556650

Medan ikan bakar sg punggor ini sebenarnya terletak bersebelahan aje dengan gerai MBMBB Ikan Bakar Alai cuma jalan masuk nya sahaja berbeza. Ianya juga bersebelahan dengan kedai ikan bakar seri mutiara alai. Soal rasa saya tidak pasti juga kerana belum pernah mencuba kesemua kedai ikan bakar disini. Parkingnya diatas tanah biasa.


Seri Muara Alai, Hj Nasir Ikan Bakar. Hp 016-6331373 atau Kedai 06-2634612.

Ada satu lagi kedai ikan bakar yang dipanggil Muara Sg Duyong. Saya selalu kesana, servisnya pantas, harga bolehlah dan masalahnya ia agak jauh kedalam sedikit tapi memang ramai pengunjung, kadangkala nak parking pun mahu sampai 15 minit menunggu ruang parking kosong. Tak sempat nak ambik gambarnya pasal nak cepat dan hari ni asyik hujan aje sepanjang hari. Kalau nak cari kedai ikan bakar di Melaka ni tak susah kerana ada banyak papantanda penunjuk ke arah medan ikan bakar hampir disemua tempat. Yang susahnya nak pilih yang mana satu kena dengan tekak kita. Selamat mencuba...ahakss.


...

Thursday, December 16, 2010

Pertandingan Azan Zon Utara Tadika Jab Agama Islam Melaka (JAIM)



Pertandingan azan ini yang disertai oleh Muhammad Syamil Ikhwan 5 thn telah diadakan di Tadika Jaim, Kem Terendak pada bulan November yang lalu. Dari seramai 10 orang peserta yang bertanding, beliau telah memperolehi tempat pertama. Syukur alhamdulilah diatas kemenangan beliau, terima kasih buat guru-guru Tadika Jaim Al Ikhwan, Taman Cheng Jaya yang telah memberi kepercayaan kepada beliau untuk mewakili Tadika Cheng Jaya dan seterusnya telah melatih beliau tanpa mengira penat lelah. Ternyata tuah dan rezeki berpihak kepada beliau.  Semuga kejayaan ini sebagai satu langkah pendedahan awal buat beliau bak kata pepatah "meluntur buluh biar dari rebungnya". Semuga apa yang dipelajari selama ini akan menjadi ilmu yang berkat dan berkekalan. Insyallah.


...

Monday, December 13, 2010

Pameran Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

Dah seminggu pameran ni diwar-warkan, lokasinya pun tak jauh dari rumah aku, hanya di MITC, Ayer Keroh kira-kira 15 minit perjalanan dengan kereta. Syima sms mengajak aku pergi lepas kerja kang, selepas check wallet dan tenaga dalaman, aku reply ok, harap pameran ni tak sesak macam pameran-pameran yang lain, semalam waktu balik dari ronda-ronda Kota Melaka dengan kak Teh dengan ibrahim, takdelah jem sangat area tu, harap-harap hari ni pun ok juga. Banyak cenderamata yang kami terima, selain pelbagai informasi industri makanan atau kraftangan setiap daerah disetiap negeri, aku paling minat bab homestay. Rasanya rumah aku kat Seremban tu aku nak jadikan Homestay dan konsepnya samaada konsep hiasan ala rumah orang Negeri Sembilan atau orang Melaka dan masih dalam peringkat kajian dasar dulu. Lagipun masih ada orang sewa, kena tunggu kontrak tamat dulu kot.

MITC tapak pameran bagi sebarang pameran atau expo, kira sama taraf dengan PWTC juga lah, Melaka Boleh!!!..ahakss

Depan booth Negeri Sembilan

Depan booth Negeri Sabah, planning nak gi sana bulan Disember 2011, insyallah kalau mampu.

Pandai bergaya dah anak aku sorang ni.

Kraftangan bakul buatan Negeri Melaka.

Bakul buatan Negeri Sembilan.


King and dayang-dayangnya...ahakss

Terjumpa sahabat RF, saudara Norhaim yang pernah join Trip Ulu Dong lalu.

Berkelah kat carpark sambil pekena keropok lekor...santai

Aiman ngan Ikhwan makan banyakkkkkkkk....

Sempat posing kat keta Hot FM.

On The Way balik....abis dah.

Banyak pameran rupanya kat Melaka ni, kena peka selalu selain dengar info di media massa dan dari poster atau banner yang digantung, kalau tak memang kita akan terlepas. Dengarnya pameran SDSI ni akan diadakan di Negeri Sembilan pulak selepas ini maka apo laie, let's go...ahakss


...

Saturday, December 11, 2010

Band Of Brother's - Sempena OPA Day 2010

Bila membelek album gambar satu persatu malam tadi, ada dua gambar yang menarik tumpuan dan gambar yang dimaksudkan adalah gambar yang tertera dibawah ini. Kata orang gambar mempamerkan seribu cerita, dan gambar yang pertama diambil pada tahun 1986 ketika menjalani latihan hujung tahunan bertempat di Teluk Mahkota, Kuala Sedili, Johor. Banyak kenangan manis dan pahit dialami ketika disini, dari cerita magazine M16 hilang ketika mula sampai kesini hinggalah terpaksa berendam didalam lumpur angkara arahan jurulatih yang tidak dipatuhi. Nostalgia memang nostalgia dan sekiranya mahu diulang, saya mengangkat kedua-dua tangan, azabnya masih berbahang dalam diri, cukuplah ianya terjadi sekali dan saat itu, ketika itu, ianya mematangkan setiap insan yang bergelar 4th Thoroughbred batch 83-87. Ketika disini juga semangat setiakawan terpupuk lebih erat, banyak lagi latihan-latihan lain yang kami jalani, bermandi peluh yang masam dan kelat sepanjang masa, sesat dengan kompas dan peta bersaiz A1 ditangan jangan kata, belum lagi part "sarkon" apa yang terhidang didepan mata bila compass marching, segala mak datuk kebun baik kebun belimbing, kebun nenas muda, kebun pisang malah kebun tebu pun boleh jadi padang jarak padang terkukur bila garuda batch 83-87 melintas. Paling tak lupa bila teringatkan seorang sahabat sedang buat clearing laluan, track hutan dan lalang yang ada taklah setebal mana, dengan bandana atas kepala, baju dibelit celah pinggang, beliau mula menebas dan menarah semak, tak sampai 8 tapak beliau menjerit "medic, medic", cemas kami seketika, M16 dah kami cekah takut ada binatang buas, bila medic kehadapan, dilihatnya mata parang sahabat tadi terbenam kat kepala lututnya, apa lagi kami bantai gelak berguling-guling lah, inilah peristiwa yang paling lucu, sahabat tadi masih hidup dan nasib baik lukanya tidak dalam, gaya rambo bila bertindak...berterabur...ha ha ha..

Ada yang kena tanam dalam pasir paras leher pasal magazine tertinggal dalam train, ada yang kena tolak dalam air masa naik bot rintis serang dan paling best bila malam unggun api, makan bbq masa dulu-dulu tak sama macam zaman sekarang, sekarang mewah dan mudah, dulu kena ada budget jeneral baru boleh rasa kambing panggang golek kalau tak, makan chicken wing ngan sosej ajelah. Tapi kalau dah boy namanya, bubuh apa sajalah atas meja gerenti tak membazirnya..ahakss



L-R Atas : Op Zaidi aka king, Op Capt Zaidi aka ben (AA), Op Capt Sazali aka bapak, Op Arwah Rosmady, Op Hj Razuan aka sahan, Op Norhisham aka capang, Op Mej Azela aka kayu, Op Fairuz aka chret, Op Capt U Hazani (MHS), Op Mej Azizan, Op Tan Tze En, Op Capt Sazali aka tangke, Op Ir Hazwan (PJH), Op Sharol aka shawei (1MDB), Op Capt Hugh (SIA), Op Lt Kol Arman aka penyu, Op Calvin Khoo aka pekcoo, Op Azman aka man dengkil.

L-R Bawah : Op Shahrul aka jepun, Op Rizal Abbas aka abel, Op Hoezei aka wahab, Op Bakhtiar, Op Lt Kol Feizol aka boya, Op Khasiri, Op Arwah Iskandar Sabki, Op Capt Razman aka mantart (MAS), Op Vide, Op Amirul aka cikgu, Op Mej Azaman aka tarjon, Op Mej Helmi aka wak, Op Hj Rais aka aji rock, Op Faezal aka bayang, Op Fauzi aka onn, Op Dolhatta, Op Osmera aka jai, Op Ir Zuraini aka chunie, Op Rizal aka Namay, Op Fauzi aka pardi, Op Rizal aka kadiaq, Op Hj Mazli aka bzzk, Op Lt Kol U Mior, Op Rohaizad aka chot, Op Aldrian aka apai, Op Redza aka mat gan.  



  Menjalani latihan semboyan memang best, masa tu kami kira kuno skit part ni, ada sahabat yang mahir tentang alat komunikasi ni suka buat cerita macam-macam, dia goreng kaw-kaw siap cakap kalau contact dari Sg Besi, anggota tentera kat sempadan siam boleh dapat dengar, kami percaya cakap beliau pasal kami pun tak tahu pada awalnya. Bila dah masuk kelas dan tanya jurulatih macam-macam maka jawab jurulatih, kalau nak panggil jauh macam kat siam atau Thailand, pakai aje telefon buat apa pakai radio set, pemancarnya bukan jauh. Mulai hari tu aku dah tak percaya dengan mamat ni tapi bukan aku saja, majoriti batch aku pun sama dan ianya masih berterusan sehingga kini tapi bab hp, bulan ni contact dapat, lagi 2 bulan contact, no hp dia dah tukar...grrrr geramnya den....



L-R Atas : Op Sheikh aka bob deng deng, Op Tan Tze En, Op Khasiri, Op Aripin aka ayom, Op Capt Sazali aka tangke, Op Rizal aka namay, Op Azlin aka mangreng, Op Mej U Nazhar aka boyan, Op Mej Shamsul aka wak karman, Op Zaidi aka king, Op Kelvin aka bongol, Op Arwah Sharizal, Op Fauzy aka anjang, Op Rustardza aka reo, Op Rais aka aji rock, Op Zul aka lembik, Op Hoezei aka wahab, Op Tengku Ikram.

L-R Bawah : Op Rizal Abbas aka abel, Op Bakhtiar, Op Sazali aka jalut, Op Rozaimee aka baah, Op Lt Kol Azril aka bam, Op Khairul aka davidsoul, Op Mej U Ezal, Op Dolhatta, Op Mej Zamri & Op Capt Sharman (SIA)



Walaupun apa pun yang terjadi, dengan perangai yang mereka pamerkan, sikap yang pelbagai dan bermacam-macam ragam, depa tetap sahabat satu batch, kami dilatih dari 1983 hingga 1987, susah senang bersama-sama malah kena hell pun sama-sama seperti tragedi 1 ramadhan, walaupun bersama hanya setakat 5 tahun tapi semangat batch itu akan sentiasa terpupuk untuk 5 juta tahun lagi. Keringat kita yang mengalir dibumi MTD adalah keringat anak muda yang dipertemukan kali pertama tanpa tahu apa-apa dan bila didedahkan dengan jiwa dan raga perwira bangsa. Kami berikrar membujur lalu, melintang patah, pantang berundur, menyerah kalah, semangat waja mencengkam didada, semangat RMC ku julang sentiasa. Berkhidmat, memimpin...


...

Friday, December 10, 2010

Asam Pedas Claypot, Kota Laksamana, Melaka

Kalau ada sahabat atau saudara mara yang berkunjung ke Melaka, selain dari membawa mereka bersiar-siar atau jalan-jalan keliling bandar Melaka, Restoran ini akan menjadi salah satu tempat yang akan saya bawa mereka untuk makan malam. Di Melaka banyak kedai atau restoran yang menjual masakan asam pedas tapi dengan banyak pilihan kadang-kadang kita sendiri tak tahu nak pilih yang mana satu, ada kata ikut selera, ada kata ikut tekak masing-masing tapi bagi saya, saya pilih kesuaian persekitaran dan mudah untuk mengunjunginya. Semua masakan asam pedas di Melaka memang sedap-sedap belaka, itu memang tidak dapat dinafikan, saya pilih kedai ini kerana mudah dan senang bagi saya untuk kemari dan masakannya juga memang sedap.

Terletak berhampiran bandar hilir dan jonker walk, lokasinya benar-benar strategik untuk dikunjungi. Mempunyai banyak tempat duduk selain tempat letak keretanya yang agak memanjang. Layanan yang agak pantas serta mempunyai kakitangan yang jujur. Saya pernah tertinggal kamera digital direstoran ini dan bila saya datang keesokkannya untuk bertanyakan kamera tersebut, tuan punya kedai dengan senyum memulangkannya kembali kepada saya. Mungkin kedai lain pun mempunyai staff atau pekerja yang baik, memandangkan kedai ini sentiasa dikunjungi pelanggan bermula jam 8 malam hingga lewat pagi, kebangkalian untuk menemui kembali barang berharga memang tipis tapi disini saya tak perlu khuatir dan sebab itulah kedai ini menjadi kedai tetap saya sekiranya bila tekak terasa gatal nak pekena asam pedas...ahakss




Asam Pedas Ikan Pari (Badan)
Pilihlah yang mana satu, makan dengan set nasi putih atau makan dengan roti canai sahaja.

Roti canai pun menyelerakan juga.


Inilah kedainya....

Asam pedas ini mempunyai pelbagai pilihan ikan yang ingin dimakan seperti pari, kembong, siakap dan daging tetel pun ada juga. Bila kemari, kalau makan dengan roti canai selalunya saya order 3 keping sekali dan asam pedas pula jenis ikan pari (badan) dan juga daging tetel. Kuah asam pedas ini akan saya hirup bila ianya dah suam-suam kuku, kalau baru sampai jangan dicuba, mahu melecur lidah dibuatnya. Bagi sesetengah tempat, kuah asam pedas akan dibubuh didalam pinggan sahaja, disini kuahnya akan diletak didalam bekas claypot. Mungkin inilah kelainan yang kita perolehi dikedai ini.

Kalau tuan-tuan berkunjung ke Melaka, cuba-cubalah menikmati asam pedas disini dan kalau tak dapat cari kedai ini, carilah dikedai yang lain kerana semuanya tetap enak-enak di Melaka ini. Cuma pesan saya, berhati-hati memilih kedai makan, pastikan ianya bersih dan teratur, takut nanti kesedapan yang kita pilih kesakitan pula yang menghinggap. Selamat datang ke Melaka, Kota sejarah seribu warisan.


...

Wednesday, December 8, 2010

UPKK Nur Fatin Adiba

Syukur alhamdulilah, Syima dan Fatin baru singgah kilang tadi, diaorg datang nak tunjukkan slip keputusan UPKK Fatin yang baru diambik tadi, nak tahu berapa A, mai lah tengok kat bawah ni...


Apa yang terlindung tu?...ahakss


Nampak tak deretan A dia?, banyak nau, susah nak kira....he he he...

Semuga kejayaan Fatin jadi pembakar semangat buat Aiman dan Ikhwan. Syafiq dah masuk tahun ke 3 di Sek Men Datuk Abdulah, Astana Raja, Kota, Negeri Sembilan (Aliran Agama) dan tahun depan bakal menduduki PMR. Fatin lak nak ambik UPSR tahun depan. Beliau target nak masuk asrama kalau dapatlah dan harap-harap beliau terpilih, itupun tengok pada keputusan UPSR nanti.

Ikhwan sambung setahun lagi di Tadika JAIM Al Ikhwan, Taman Cheng Jaya, maknanya beliau dah masuk tahun kedua di Tadika yang sama. Pasti cikgu dia suka, ahli sukan dan ahli akademik popular ditadikanya. Aiman masuk darjah dua. Satu sekolah dengan tempat Syima mengajar dan kedatangan tahun 2011 ini menjanjikan tahun yang penuh mencabar buat semua orang dalam keluarga Den bak kata kanang anak langkau... Agi Idup Agi Ngelaban Bro!!! ....tahniah fatinnnnnnnnnnnnn..........ahakss


...

Restoran Anjung Merah 2, USJ3A, Subang Jaya.

Ada seorang sahabat mempunyai rangkaian kedai makan beliau yang dikenali dengan nama Anjung Merah. Kami sama-sama menuntut di MTD dari tahun 1983 hinggalah ke tahun 1987. Beliau menceburi bidang ni selepas mencuba beberapa bidang teras perniagaan yang lain. Ternyata rezeki beliau adalah dalam bidang perniagaan makanan. Dah banyak kali saya mencuba hidangan di kedai ini dan ianya juga pernah dipaparkan dalam kaca TV seperti Warung Kita dan Trek Selebriti saluran Astro. Sekiranya tuan-tuan ingin mencuba serta mengetahui lebih lanjut kedudukan Restoran Anjung Merah ini, sila layari blog pemilik restoran ini di Anjungmerah2.blogspot.com

Dengan menu yang pelbagai sewaktu makan tengahari dan ALa Carte diwaktu malam, anda pasti berpuashati. Menu utama saya setiap kali berpeluang berkunjung ke mari, sudah semestinya lauk daging gulai kawah, ayam kampung goreng, siput sedut dan ikan pari bakar. Ditambah pula dengan ulam-ulaman, sambal tempoyak dan kuah asam ikan bakar, semuanya resepi khas turun temurun keluarga beserta masakan air tangan orang Teluk Intan sendiri, serasanya mak mertua lalu kat belakang pun kita tak perasan...ahakss

Air kelapa gelas besar dan air suam sudah semestinya menjadi minuman utama saya. Walaupun tinggal di Melaka, bila berkesempatan ke Kuala Lumpur atas urusan kerja atau peribadi, saya akan pastikan Restoran ini diselitkan didalam jadual kunjungan, sesuatu yang tidak akan saya lepaskan bila berkesempatan. Dibuka setiap hari isnin hingga sabtu, dari pagi hingga lewat malam, yang pastinya anda punyai pelbagai pilihan menu, kalau sedap, maklumkanlah pada sekalian kengkawan dan kalau tak sedap, maklumkan kembali kat taukeh dia, insyallah anda tetap akan bayar macam biasa.


Senyum kekenyangan ni.

Mai secawan..errrr semug...errr segelas....bedal ajelah.

Licinnnnnn....

Aku pun ada kawan artis termasuklah Anuar Zain..ahakss

Krew Warung Kita tengah buat shooting.

Faroq "Warung Kita"

Kadang-kadang kata-kata itu lebih indah dari yang nyata, bagi mengelakkan sebarang prasangka, bak kata orang tua-tua, belum cuba belum tahu, kalau dah dicuba, tafsirkanlah sendiri...


...